Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 5, 2018

'Balas dendam apa PAS?' Pelbagai alasan di beri untuk membela Najib.

'Balas dendam apa PAS?': Jelas kelihatan bahawa sekarang agenda membela Najib dan Umno menjadi keutamaan PAS.

Raja Bahrin Shah  | 
Diterbitkan  | 


   
Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan menyatakan
harapan beliau supaya pendedahan skandal dana Lembaga Tabung Haji
(Tabung Haji) tidak menjadi "satu lagi siri balas dendam" kerajaan
terhadap BN.
Inilah sikap keprihatinan beliau terhadap Umno yang
memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan hutang lebih RM1 trilion
untuk ditanggung rakyat Malaysia.

Perlu diingat mereka yang membuat laporan polis adalah pegawai-pegawai baru yang mengambil alih pengurusan Tabung Haji.

Jika tiada laporan dibuat, merekalah yang akan dipersalahkan atas apa jua salah tadbir atau salah guna kuasa kemudian hari.

Untuk
melindungi diri daripada tuduhan salah laku, selepas mengaudit kewangan
Tabung Haji mengikut peraturan mereka mestilah membuat laporan apa jua
kesalahan yang dikesan.

Ini juga prosedur yang diperlukan untuk laporan kepada SPRM jika diperlukan.

Ia
adalah prosedur biasa, dan tidak timbul langsung isu balas dendam
seperti yang dicadangkan oleh Nasrudin Hassan. Malah tidak timbul isu
teori konspirasi yang dramatik.

Bermacam alasan ada
Mengimbas kembali skandal yang melanda negara kebelakangan ini, satu pola sikap sangat konsisten nampaknya telah wujud.

Apabila
skandal 1MDB hangat dibahas sebelum PRU ke-14, Presiden PAS Abdul Hadi
Awang menggesa Najib Razak dibenarkan menghabiskan penggal penuhnya
sebagai perdana menteri.

Abdul Hadi juga menyatakan dalam skandal
antarabangsa 1MDB yang luas - dan termasuk wujud elemen siber - wajib
ada empat orang saksi.

Pelbagai alasan di beri untuk membela Najib.

Gambar fail
Selepas
tamat tempoh Najib memerintah, hutang 1MDB sebesar bukit jadi
menggunung besarnya dan bertukar sebagai skandal mega bertaraf dunia.

Timbalan
presiden PAS dan beberapa anggota jawatankuasa parti itu pula - setelah
diberi taklimat oleh ketua pegawai eksekutif 1MDB ketika itu -
menyatakan mereka "berpuas hati" dengan penjelasan Arul Kanda Kandasamy.

Keadaan itu berlaku ketika tidak ada seorang pun daripada mereka merupakan pakar kewangan atau akauntan.

Sekali lagi pelbagai alasan diberi untuk membela Najib.

Jelas kelihatan bahawa sekarang agenda membela Najib dan Umno menjadi keutamaan PAS.

Lebih banyak membisu
Hari
ini Najib dan beberapa orang lain berdepan puluhan - atau mungkin
ratusan - tuduhan serius di Malaysia serta di seluruh dunia.

Selepas
pimpinan atasan PAS menggesa Najib diberi peluang menghabiskan penggal
sebagai perdana menteri, dan PAS juga berpuas hati tidak ada salah laku
dengan penjelasan 1MDB, syarikat itu akhirnya mencatat skandal kewangan
terbesar dunia!

Anggota kabinet Najib juga terlibat dengan
bermacam tuduhan di mahkamah, malah ia melibatkan dakwaan salah laku
pengurusan di agensi yang dekat dengan orang Melayu, seperti Felda, Mara
dan Tabung Haji.

Boleh dikatakan semuanya melibatkan hampir 100
peratus kepentingan orang Islam dan Melayu yang diikrar PAS dan Umno
kononnya untuk dibela mereka.

PAS - parti Nasruddin - banyak
membisu dan lebih banyak memberi alasan lemah untuk tidak menekan isu
1MDB, selain pendedahan berkaitan Tabung Haji di parlimen sejak sebelum
PRU ke-13 lagi.

Gambar fail
Dakwaan balas dendam dalam isu Tabung Haji tidak timbul langsung kerana skandal itu bukan perkara yang baru ditimbulkan.

Rafizi
Ramli telah menimbulkan isu salah guna kuasa dalam Tabung Haji beberapa
tahun lalu malah beliau dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan.

Sebenarnya
Nasrudin dan rakan-rakannya gagal menjalankan tanggungjawab mereka
semasa di parlimen kerana mereka terlebih dulu berpeluang membela nasib
pendeposit Tabung Haji, iaitu masyarakat Islam dan Melayu.

Justeru
sekarang janganlah pula cuba mengelirukan dan mengganggu siasatan kes
Tabung Haji seperti mereka cuba mengelirukan dan membela Najib dalam
skandal 1MDB.

Ingatlah sebahagian besar penyimpan dan pelabur
Tabung Haji bukan sahaja orang Islam dan Melayu. Sebahagian besar mereka
ialah petani, nelayan dan orang kampung yang kurang kemampuan.

Mereka marhaen yang terlebih terdahulu perlu dibela PAS berbanding Najib dan rakan-rakan Umno mereka.

Pembelaan itu mesti dibuay walaupun mungkin PAS terhutang budi dan terhutang derma daripada orang Umno.


RAJA BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...