Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 7, 2018

‘Kamu bukan PM' - TMJ ingatkan pihak cuba tukar MB

Kamu bukan PM' - TMJ ingatkan pihak cuba tukar MB:

Kami rakyat Johor pd PRU14 menafikan hak BN Johor utk memerintah bukan kerana bencikan UMNO/BN TAPI utk memberi peringatan bahawa rakyat johor tidak mudah ditipu dan dibuai dgn kemewahan serta digula2kan. Kami mahu segala skandal dan penyelewengan DS Najib terjawab. Jgn hasut kami rakyat Johor utk menafikan MB sekrg. Jika Sultan Johor berkenan pelantikan tersebut. Rakyat Johor akan menyokongnya. Dan jika Kerajaan PH mempunyai cara mendukakan, kami rakyat johor akan menghumban kerajaan PH pula. 



Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa
tidak puas hati baginda terhadap pihak tertentu yang didakwa cuba
'menukar' menteri besar Johor.

Menulis di laman Twitter, baginda mengingatkan bahawa Johor masih mempunyai seorang sultan yang memerintah.

“Kamu
bukan perdana menteri. Apa yang membuatkan kamu berfikir dengan cuba
melobi mempunyai menteri besar yang akan menjadi boneka, kamu boleh
menguasai Johor?

“Kamu melobi seorang daripada exco kami untuk
jadi MB (menteri besar). Kami tahu. Ini bukan lagi tahun 1992. Negeri
Johor masih ada sultan yang memerintah,” ciapnya.

Meskipun tidak
menyebut sebarang nama, Tunku Ismail jelas merujuk kepada anggota Majlis
Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin yang mendesak Menteri Besar, Osman
Sapian menjelaskan mengenai penukaran status Pulau Kukup sebagai sebuah
taman negara.





You are not even the Prime Minister. What makes you think by trying to lobby having an MB who will be your puppet, you can control Johor? You lobbying for one of our exco to be MB. We know that. This is not 1992 anymore my friend. Negeri Johor masih ada Sultan yang memerintah.


276 people are talking about this





Menulis
di blog, Kadir berkata jika Osman gagal memberikan penjelasan, adalah
lebih baik bagi bekas pemimpin Umno yang kini bersama Bersatu itu
meletak jawatan.

"Saya ingin bertanya kepada Osman jika dia
bercakap benar apabila dia memberitahu saya sebelum bermula mesyuarat
majlis kepimpinan tertinggi Bersatu pada 28 Nov, bahawa istana (Johor)
tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri itu.

"Saya bertanya
kepadanya mengenai kebenaran khabar angin bahawa Istana mengambil tanah
negeri - walaupun ia berukuran kurang daripada setengah ekar.

"Dia
kata tidak, tetapi dia kata dia tidak tahu sama ada perkara itu berlaku
semasa kerajaan negeri di bawah BN," tulis Kadir di blognya.

Kadir
turut mengingatkan Osman bahawa menteri besar itu berada bersama
kerajaan BN selama tiga penggal dari tahun 1999 hingga 2013, sebelum
bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) 9
Mei.

Pada
5 Disember lalu, Tunku Ismail menjelaskan bahawa pembatalan pewartaan
Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi adalah supaya
membolehkan ia diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan.

Titah baginda, tindakan itu supaya kawasan hutan bakau tersebut akan lebih terjaga dan dilindungi selepas statusnya diubah.

Namun, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam  meluluskan usul tergempar agar Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Ini
walau bagaimanapun dikritik oleh Tunku Mahkota Johor yang mendakwa ada
pihak cuba mempolitikkan isu itu kerana hal-ehwal mengenai tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Osman hari ini dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri akan menyatakan pendiriannya berhubung kedudukan Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman Negara pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahad ini.

Katanya,
kesempatan sesi itu turut akan digunakan oleh beliau untuk menjawab
segala persoalan yang dibangkitkan wakil rakyat dalam perbahasan mereka.


Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.

Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, keputusan mengenai isu itu dibuat semasa mesyuarat exco pada 7 Mac lalu iaitu ketika Johor masih ditadbir oleh BN.

Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.

Selain
Pulau Kukup, lima taman negara yang dimiliki oleh Johor adalah:
Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Gunung Ledang dan
Taman Laut Sultan Iskandar.

Pulau Rawa, yang terletak di Taman Laut Sultan Iskandar, dimiliki oleh keluarga diraja Johor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...