'Terima kasih buat himpunan syukur Icerd, cuma satu permintaan kerajaan':
2018-12-07 19:00:00
Kerajaan
mengucapkan terima kasih kepada penganjur Himpunan Kesyukuran Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd)
esok, di atas sokongan yang ditunjukkan dalam keputusan kerajaan untuk
tidak meratifikasi Icerd.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad meminta penganjur membantu pihak polis dan pihak
berkuasa lain dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke
atas harta benda awam serta menjaga alam kebersihan setempat.
Read more at https://www.kinitv.com/video/68369O74#reyu1z3Gb42HyrGD.99
No comments:
Post a Comment