Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 8, 2018

Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara

Kabinet putuskan Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara -Xavier:

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •  
Jemaah Menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman
Negara Johor perlu dikekalkan bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai
pulau bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya
di perairan negeri Johor, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr
Xavier Jayakumar.
Beliau berkata Pulau Kukup, terletak dalam
daerah Pontian, mempunyai keluasan 647 hektar dan dikelilingi 800 hektar
tanah paya, mempunyai ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui dan
diancam kepupusan, merupakan khazanah biodiversiti yang tidak ternilai
kepada negara dan kepada negeri Johor khususnya.

Ia telah dikenal
pasti sebagai kawasan persinggahan burung migrasi, tempat pembiakan dan
perlindungan hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan
Pacat Bakau serta sumber perikanan dan akuakultur negara, katanya.

“Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam berpandangan status itu perlu dikekalkan.

“Rakyat
juga secara umumnya menyokong supaya status tersebut dikekalkan supaya
ekosistem Pulau Kukup terus terpelihara sebagai kawasan berkepentingan
antarabangsa demi faedah generasi masa kini dan masa depan.

“Sebarang
kegagalan dalam menguruskan kawasan ini secara berhemah boleh
menyebabkan kehilangan khazanah biodiversiti yang tidak ternilai di
samping menjejaskan usaha-usaha mengiktiraf Mersing sebagai Geopark
Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Johor kaji semula status
Beliau
berkata demikian merujuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis
lepas (6 Disember) yang meluluskan usul supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan
(MMK) Negeri mengkaji semula status Taman Negara (Johor) Pulau Kukup.

Xavier berkata Pulau Kukup juga telah diisytiharkan sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar.

Beliau berkata terdapat kira-kira 18 spesies bakau asli di Hutan Paya Bakau Pulau Kukup.

Jika
dibandingkan dengan kawasan bakau lain di Semenanjung Malaysia,
kekayaan spesies bakau asli di Pulau Kukup adalah tinggi dengan
mengambil contoh Hutan Paya Laut Matang, Perak seluas 40,000 hektar
tetapi hanya terdapat 21 spesies bakau asli.



“Perbandingan ini menunjukkan kepentingan nilai kepelbagaian biologi Pulau Kukup di rantau ini.

“Pertukaran
status kawasan ini sudah tentu boleh memberi kesan kepada
pengiktirafannya sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa yang telah
diterima serta menjejaskan reputasi negara dalam memulihara
biodiversiti,” katanya.

Satu salinan surat warta kerajaan negeri
yang memberitahu pembatalan perizaban Taman Negara Pulau Kukup telah
tular dalam media sosial.

Menurut
warta bertarikh 24 September lepas itu, pembatalan keseluruhan kawasan
yang diisytihar sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarkan
kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara
(Johor) 1989.

Khamis lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum
Sultan Iskandar telah menyampaikan perkenan baginda agar Pulau Kukup di
Pontian, kekal sebagai Taman Negara Johor.

Hasrat baginda itu
dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor
bertarikh 5 Disember 2018, yang dimuat naik melalui laman rasmi Facebook
dan Twitter HRH Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Semalam,
Menteri Besar Osman Sapian berkata kerajaan negeri akan menyatakan
pendiriannya berhubung kedudukan Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman
Negara pada sesi penggulungan DUN, esok.

- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...