Dr M berkias: 'Malaikat' pun boleh buat silap
secara berkias ketika mengulas reputasi kerajaan sebagai 'kerajaan
U-turn' di mata sesetengah pihak.
"Ada kala kami ambil jalan yang salah dan kami patah balik, tetapi bila perlu sahaja.
"Kami bukan sempurna. Walaupun banyak kalangan kami ini malaikat (angels), tetapi malaikat pun boleh buat silap.
"Dan
bila malaikat buat silap, mereka patah balik," katanya dalam sidang
media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat Bersatu di
Petaling Jaya, hari ini.
PH dihujani kritikan ekoran caranya menangani beberapa janji manifestonya sejak menjadi kerajaan.
Isu
terbaru adalah berkenaan skim baru pembayaran pinjaman PTPTN yang
dirancang untuk dilaksanakan Januari tahun depan, tetapi telah
ditangguh.
terbaru adalah berkenaan skim baru pembayaran pinjaman PTPTN yang
dirancang untuk dilaksanakan Januari tahun depan, tetapi telah
ditangguh.
Mengulas perkara itu, beliau berkata kerajaan akan mengubahsuai skim itu selepas mendapatkan pandangan pihak awam.
'Tiada rombakan kabinet'
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan tidak akan ada rombakan kabinet dalam masa terdekat.
"Maaf, tiada rombakan kabinet, jadi anda tak ada peluang," selorohnya ketika ditanya pemberita tentang kemungkinan perkara itu.Turut
hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa menteri lain.
Pada
November lalu, timbul desas-desus tentang rombakan kabinet selepas
Mahathir dalam satu wawancara berkata beliau terbuka dengan idea itu
selepas pemilihan PKR.
November lalu, timbul desas-desus tentang rombakan kabinet selepas
Mahathir dalam satu wawancara berkata beliau terbuka dengan idea itu
selepas pemilihan PKR.
Sejak penubuhan kabinet,
sesetengah menteri menerima banyak kritikan daripada orang ramai -
antaranya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri P Waytha Moorthy.
sesetengah menteri menerima banyak kritikan daripada orang ramai -
antaranya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri P Waytha Moorthy.
Maszlee
dikritik kerana beberapa pengumumannya - seperti penukaran warna kasut
kepada hitam dan penggunaan kolam renang di hotel untuk pelajar -
manakala Waytha berkenaan isu Icerd.
dikritik kerana beberapa pengumumannya - seperti penukaran warna kasut
kepada hitam dan penggunaan kolam renang di hotel untuk pelajar -
manakala Waytha berkenaan isu Icerd.
No comments:
Post a Comment