Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 7, 2018

DUN Johor lulus usul MMK ambil maklum, kaji semula status Pulau Kukup



DUN Johor lulus usul MMK ambil maklum, kaji semula status Pulau Kukup:



2018-12-07 10:32:34

Dewan
Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan usul tergempar untuk Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Johor mengambil maklum dan mengkaji
semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Usul tersebut dilulus
oleh Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat selepas dibahaskan tiga anggota
DUN (ADUN) kerajaan iaitu Ir Khairuddin A.Rahim (Senggarang), Mohd
Solihan Badri (Tenang) dan Ysahrudin Kusni (Bukit Naning), yang
kemudiannya mendapat sokongan majoriti ADUN.

Kesemua mereka
membahaskan betapa pentingnya status Taman Negara Pulau Kukup dikekalkan
antaranya memulihara alam sekitar pulau itu yang merupakan hutan paya
bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia, menjadi penampan
hakisan ombak dan ribut selain menjana ekonomi menerusi pelancongan
berikutan kaya dengan flora dan fauna seperti burung, siput dan
kerangan.

Terdahulu, Khairuddin yang juga Pengerusi Kelab
Penyokong Pakatan Harapan (PH) Johor, mengemukakan usul tersebut dibawa
rundingan ke DUN Johor agar MMK mengambil maklum dan mengkaji semula
status Taman Negara Pulau Kukup.

Selepas membuat penelitian,
Suhaizan kemudian memaklumkan DUN Johor bahawa rundingan itu memenuhi
peraturan DUN Johor mengikut Peraturan Tetap 29(2) untuk dibahaskan
kerana ia merupakan perkara mustahak kepada umum dan perlu disegerakan.

Rundingan tersebut juga dibahaskan selepas mendapat sokongan lebih sembilan ADUN.

Dua
hari lepas, tular satu salinan surat warta kerajaan negeri dalam media
sosial yang memaklumkan pembatalan perizaban Taman Negara Pulau Kukup.

Menurut
warta bertarikh 24 Sept lepas itu, pembatalan keseluruhan kawasan yang
diisytihar sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarkan kuasa
diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara (Johor)
1989.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor
Aminolhuda Hassan semalam dilaporkan berkata kelulusan berhubung
pembatalan perizaban tersebut dibuat pada MMK Negeri sebelum ini, iaitu
pada Mac lepas.

Beliau berkata pembatalan perizaban pulau dekat Pontian itu tidak diketahui kerajaan negeri ini ketika ini. - BERNAMA

Read more at https://www.kinitv.com/video/68344O74#sLc1hdYo1FiYt52C.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...