Panas: Skuad Risik, Jangan Hanya Siasat Sampah Tapi Pantau Gerai MPK Di Monopoli Warga Asing!
KUANTAN, 3 Mac - Media perdana hari ini melaporkan Majlis Perbandran Kuantan (MPK) menubuhkan "Skuad Risik Tangani Isu Buang Sampah". Kenyataan itu dibuat oleh Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob (foto). Menurut beliau skuad risik bagi menangani perbuatan membuang sampah di tapak-tapak sampah haram di sekitar bandar ini. Perbuatan membuang sampah di tapak haram itu mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk dan kesejahteraan bandar tersebut. "Bagi memudahkan tindakan itu dibuat, MPK akan meletakkan skuad risik untuk memantau keadaan di lokasi yang telah dikenal pasti. "Ini kerana selepas tapak tersebut dibersihkan, pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan membuang sampah di lokasi yang sama," Banyak gerai itu yang pada asalnya dikhaskan kepada warganegara Malaysia, tetapi kini yang berniaga adalah warga asing terbabit. Sedangkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK di sini semalam. Beliau berkata, tindakan tegas juga akan dikenakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjwab membuang sampah di tapak sampah haram di bandar ini. Tindakan MPK ini amatlah baik untuk rakyat, namun dalam masa yang sama mereka juga perlu menyiasat mana-mana gerai MPK yang kini disewakan oleh pemiliknya kepada peniaga warga asing terutamanya dari Thailand dan Bangladesh.ketika temuduga gerai pegawai MPK begitu tegas soal kewarganegaraan malah terbawa-bawa kepada kenegerian apabila berkata hanya mereka yang menggunakan Kad Pengenalanan (IC) "O6" (rakyat Pahang) yang layak memohon. Namun, anehnya gerai-gerai terbabit kini jatuh ke tangan asing hingga menyebabkan ramai peniaga tempatan terpaksa gulung tikar. Apabila diajukan soalan kepada MPK, mereka menjawab dengan mudah "tidak tahu atau sebagainya". Walhal, di belakang Ibu Pejabat MPK sendiri terdapat sebuah gerai (Restoran Sungai Kita) yang disewakan kepada warga asing (Thailand). Justeru, selaras dengan tindakan MPK menubuhkan "Skuad Risik", maka eloklah mereka juga merisik sama fenomena yang berlaku ini. Ia sudah lama dan difahamkan kebenaran itu turut melibatkan campur tangan para pegawai MPK sendiri yang dipercayai "makan duit luar". Skuad Risik MPK sila siasat segera !.
Bukti, salah satu lokasi dimana dua buah gerai milik MPK telah disewakan
kepada kepada warga Thailand di Indera Mahkota 2 (Yew Hong) KLIK SINI
[Fenomena yang berlaku ini memang sudah lama sebenarnya. Cuma ramai pihak MPK mungkin tidak menubuhkan "Skuad Risik" untuk memantaunya. Tapi, lebih memalukan pegawai MPK sendiri boleh dikatakan setiap hari makan di gerai MPK yang dimilik oleh warga asing di Sungai Kita (belakang Ibu Pejabat MPK sendiri). Namun, kenapa mereka butakan mata melihat semua ini. Sebab ramai pegawai yang makan untung dengan memberikan gerai terbabit kepada proksi mereka, yang menyewakan gerai itu kepada warga asing dengan harga yang tinggi. Walhal mereka hanya membayar MPK sekitar RM200 hingga RM300 sahaja sebulan. Selebihnya, untung masuk poket masing-masing. PDO akan menyiasar dan bongkarkan isu ini dengan lebih eksklusif lagi jika MPK tidak menarik balik mana-mana gerai yang disewakan oleh pemohon yang berjaya dalam temuduga, kepada warga asing. Peniaga tempata harus didahulukan. Dalam kes di Taman Yew Hong Indera Mahkota lebih memalukan, apabila ada peniaga Melayu yang sudah 14 tahun memohon tapi tidak berjaya sebaliknya orang Thailand yang berniaga disitu. Khabarnya gerai MPK terbabit diberikan kepada orang kuat UMNO dan KRT taman itu. Maka, MPK sila arahkan Skuad Risik menyiasat segera. Jangan hanya nampak sampah sahaja, sebaliknya isu yang lebih besar dipejamkan mata serta dipekakkan telinga oleh mereka].
sumber daripada :
http://pahangdaily.blogspot.com/2012/03/panas-skuad-risik-jangan-hanya-siasat.html

No comments:
Post a Comment