Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, February 27, 2012

KERAJAAN AKAN DEDAHKAN SURAT TUN MAHATHIR KEPADA ISRAEL PADA MINGGU INI!!!!!!



KOTA SAMARAHAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata
beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada
bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Tun Mahathir berkata, hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau ketika menulis
buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang
beliau daripada berbuat demikian.
"Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku
terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu," katanya
selepas menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) di sini, hari ini.

Tun Mahathir berkata, beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan
kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan
berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu
terhadapnya ketika ini.
Beliau berkata, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak
akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan
Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan akan
mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara Dr Mahathir dan Barak awal
minggu depan.

Najib berkata, surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses
kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan
Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Perdana Menteri berkata, isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak
pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap
pendirian kerajaan sekali gus mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap
Israel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...