Pemimpin Perkasa mahu PAS dan Umno bersatu... Tapi mahukah PAS tunduk dengan egonya? lihat sahaja apa yang telah jadi dengan Hasan Ali? tepuk dada tanya selera! Kalau nak seribu daya!
Laporan Sinar Harian menyatakan, pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.
“Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?
“Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah. - BujangSenang
No comments:
Post a Comment