Gambar yang disiarkan akhbar The Star milik MCA telah menunjukkan sebahagian dada Eryka Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Mufti Perlis, Dr Juanda mengesa supaya:-
a- Akhbar The Star patut digantung penerbitan kerana tidak sensitif terhadap sentimen kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya.
b- Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas kerana menghina Islam dan tiada alasan untuk terlepas pandang.
"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," – Juanda kepada Mkini.
c- KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok.
d- Konsert diharamkan kerana lagu-lagu "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak.
No comments:
Post a Comment