Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, March 1, 2012

JAWAPANNYA SANGAT MUDAH KERANA PAS JELAS AKAN KAFIR JIKA MELANTIK TIMBALAN PRESIDEN KEPADA BULAN ISLAM

BONGKAR !!! PAS CAWANGAN PENAJA HASAN ALI, NIK AZIZ MALU LAGI !

Apa sudah jadi dengan Pas ? semakin hari semakin jauh dari perjuangan Islam, butalah mata penganut Pas yang masih lagi taksub, perjuangan Islam apa yang nak dibawa oleh Pas ini ?

Nampaknya Pas telah dikuasai oleh sekularisme yang melampau, jika pernah mendengar pendedahan dari Hasan Ali sebelum ini, maka klipvideo dibawah adalah salah satu bukti kebenaran kepada pendedahan tersebut.

Kenyataan Ajk Pas Pusat bahawa Pas sedia menerima Naib Presiden yang bukan beragama Islam adalah kenyataan paling kufur pernah GK dengar dalam sejarah Pas, mana lagi Islamnya Pas kalau dipimpin oleh orang bukan Islam, GK yakin kenyataan tersebut tidak mampu untuk diterima oleh majoriti penyokong Pas dan sebahagian kepimpinan ulamak didalam Pas.


Roadshow "AQIDAH & KUASA KETIGA" Bersama YB Dato' Dr. Hassan Ali di Lot 3388 Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang



Istilah Pas for all dan Islam for all yang dikatakan pembaharuan yang sangat berjaya didalam Pas itu adalah sebenarnya telah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya, kesempatan 'for all' tersebut telah disalah ertikan oleh calon Perdana Menteri mereka dengan adegan for all, belakang depan boleh saja.

Akibat dari perlakuan kepimpinan Pas yang sebeginilah menyebabkan Hasan Ali tanpa merasa penat mahupun gentar untuk terus menjelajah dalam misi membongkar kemunafikan pemimpin Pas yang sebenarnya. GK juga difahamkan Siri Jelajah Hasan Ali yang diadakan di Taman Guru Pintu Geng semalam adalah melalui kerjasama Pas Cawangan Belukar Kota Bharu.

Menurut sumber, rasa tidak puas hati dikalangan akar umbi didalam Pas sendiri sudah membuak-buak dan ianya telah menular menjadi satu barah yang sekaligus akan memusnahkan Pas sendiri. Tetapi Ketua Parasit didalam Pas lupa akan hal ini dan menuduh Umno yang menjadi dalang kepada Siri Jelajah Hasan Ali.

Sedangkan hakikat sebenar, penyokong didalam Pas sendiri sudah sedar yang mereka ditipu dan diperbodohkan selama mana mereka menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Salah satu buktinya adalah kerjasama penuh yang diberikan oleh Pas Cawangan Belukar bersama Minda Pondok dalam menjayakan siri pendedahan yang dibuat oleh Hasan di Taman Guru semalam.

Kehadiran yang dicatatkan dalam siri jelajah yang ke 29 ini seramai 20,000 orang telah hadir untuk mendengar pendedahan yang dibuat oleh Hasan. Kehadiran itu juga dipengaruhi oleh orang dalaman Pas melalui gerakan bawah tanah supaya penyokong dan ahli Pas mengetahui hakikat sebenar sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengulas kenyataan Ajk Pas Pusat yang mengalu-alukan orang bukan Islam dilantik ke jawatan Naib Presiden, Tun M dipetik sebagai berkata, "Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.

Menurut Tun M lagi, sebelum ini Pas mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.

Tambah beliau, Pas sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang sewenangnya memetik ayat-ayat al-Quran pada ceramah politik.

“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam, tapi tak peluk Islam, dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...