Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, January 23, 2012

JAWAPAN SALEHUDDIN SAIDIN : KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!!

INI JAWAPAN SALEHUDDIN SAIDIN !!!



Anwar Ibrahim telah diberi keadilan sepenuhnya oleh mahkamah dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya,Mohd Saiful Bukhari Azlan,kata Datuk Salehuddin Saidin,pengamal undang-undang yang merupakan bekas pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara.

“Tangguhan sebanyak 56 kali atas pelbagai alasan,termasuklah alasan untuk mengenepikan hakim yang membicarakan kes tersebut.Setiap kali tangguhan dibuat, ianya dibawa ke Mahkamah Rayuan, dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Bermakna proses dipatuhi mahkamah semaksima yang mungkin dan di sini dapat kita lihat bagaimana mahkamah telah memberi setiap ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keadilan dicapai oleh beliau”, katanya, ketika sesi penerangan isu-isu semasa di Tadika Nuri, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam menilai pengertian ‘keadilan’ itu, pengamal undang-undang itu bertanya,adakah keadilan yang sama juga diberikan kepada pengadu,Mohd Saiful.

“Sebenarnya ini adalah satu ketidakadilan yang telah berlaku (kepada Mohd Saiful)”, katanya.

Mengulas tentang keputusan mahkamah yang membuat keputusan Anwar dibebaskan dan dilepaskan,Salehuddin berkata Mohd saiful perlu diberi ruang untuk mendapatkan keadilan dengan merayu ke peringkat tertinggi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...