Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 26, 2012

"AZMIN ALI Akan Dedahkan SKANDAL TERLARANG Hasan Ali"

"Saya Akan Dedahkan SKANDAL TERLARANG Hasan Ali" - Azmin Ali




PETALING JAYA, 26 Jan - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin. KLPOS, 26 Jan 2012




SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau.
“Pas Selangor tidak bimbang kerana setiap kali beliau buat roadshow, rakyat akan lagi kenal siapa beliau. Makin banyak bercakap, makin banyak perkara negatif akan keluar. SINAR HARIAN, 26 Jan 2012



Umpama David vs Goliath ... Hasan Ali dipaksa berhadapan dengan kekuatan parasit-parasit peliharaan Anwar Ibrahim. Hampir keseluruhan Pakatan Rakyat dikerah untuk mematahkan serangan Hasan Ali.

Hasan Ali seakan sudah menjadi 'Fenomena Baru' ketakutan muktamad Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang bakal terkeluar dari mulut Hasan Ali seolah-olah membakar hangus keseluruhan tubuh Anwar Ibrahim.

Lucunya ... Azmin Ali mahu PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pemimpin parti tersebut. Apa yang PAS boleh lakukan terhadap bekas pemimpinnya?

Bukan beliau yang memecat Hasan Ali dari PAS, kata Azmin ... Bukankah mulut parasit beliau yang mendesak PAS memecat Hasan Ali?

Kita juga berharap agar pihak PAS melalui Presiden Parti Tuan Guru Datuk Hj Hadi Awang menyenaraikan secara serius apakah kesalahan Datuk Hasan Ali hingga dipecat daripada PAS agar segala kekusutan dan tuduh menuduh antara satu sama lain dpt dimuhibbahkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...