Chegubard Punca Pergaduhan Penduduk Melayu Jln Kebun vs Hindraf - Shamsul Iskandar
http://www.papagomo.com/2012/01/chegubard-punca-pergaduhan-penduduk.html
SHAH ALAM 25 Jan. - Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.
Wakil penduduk, Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.
Katanya, 100 peratus penduduk di kampung Jalan Kebun adalah berbangsa Melayu dan kehadiran Hindraf di kampung tersebut adalah mencurigakan.
"Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram. Mengapa mereka mahu menganjurkan acara di kampung kami?
“Jangan salahkan penduduk kampung tentang provokasi yang berlaku. Mereka yang memulakannya," dakwa Shaari.
Turut bersama beliau di IPD Shah Alam adalah kira-kira 30 orang penduduk kampung.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Terlebih dahulu, ketua polis Shah Alam ACP Zahedi Ayub menafikan penglibatan polis di dalam kekecohan yang berlaku.
Katanya, pihak polis langsung tidak dimaklumkan mengenai penganjuran ceramah tersebut dan hanya mengetahuinya selepas menerima laporan berlaku kekecohan,
Beliau menasihatkan mana-mana individu ataupun organisasi yang ingin menganjurkan majlis seumpamanya supaya memberitahu pihak polis terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sumber KL POS. COM
Sekarang penduduk Jln Kebun pula buat laporan Polis mengenai program Hindraf yang diadakan tempoh hari di Kg Jln Kebun yang mana 100% penduduknya adalah Melayu.
Dari awal kekecohan tercetus Gomo dah maklumkan mengenai pekara ini yang mana pihak pembangkang yang dikepalai chegubard sengaja mencetuskan provokasi ke atas orang Melayu di Jln Kebun.
Sudahlah program Hindraf diadakan dikawasan yang 100% Melayu malah kebenaran pihak Polis juga tidak dipohon oleh pihak penganjur. Lebih malang Adun Sri Muda Suhaimi Shafie dari PKR yang merupakan Adun kawasan tersebut juga tidak dimaklumkan mengenai program tersebut.
Sekarang ini pihak PKR menuduh UMNO sabotaj program Hindraf pada petang maghrib itu. Turut dikaitkan mereka pihak Polis yang dikatakan bersekongkol dengan UMNO. Apa jenis manusia mereka puak pembangkang ini?
Rakyat perlu menilai jika Hindraf tidak masuk ke kawasan Melayu dan mengadakan provokasi maka pekara sebegini tidak akan berlaku. Adalah wajar pihak Polis menahan Chegubard punca pergaduhan malam tersebut kerana beliau lah dalang yang cuba mewujudkan pergaduhan kaum diantara Melayu dan India.
Inilah puak puak PKR, mereka akan sentiasa mencetuskan provokasi agar rakyat Malaysia bergaduh dan berperang sesama sendiri dalam memastikan keadaan negara kacau bilau.
Psssttt. . . 100% Melayu dijalan kebun, apajadah Hindraf buat program disitu? Fikirkan
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment