Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, January 23, 2012

BENARKAH UMNO PASIR MAS , RANTAU PANJANG DAN TUMPAT BERLAKU KRISIS DALAMAN YANG SERIUS


http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/ibrahim%20ali%20299.jpg

Umno dilanda dilema Khabar angin pula menyebut Ibrahim akan bertanding menggunakan lambang dacing pada pilihan raya umum ke-13.

Berita itu membuat Umno Pasir Mas dilanda dilema.

Ibrahim dikatakan akan diberi ruang bertanding di kerusi parlimen, manakala Ketua Bahagian Pasir Mas, Dato’ Hanafi Mamat mensasarkan Dun Tendong.

Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai kerusi Dun Chetok. Manakala Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Mohammad disebut-sebut calon di Dun Pengkalan Pasir. Bagaimanapun kehadiran Che Johan ke Chetok menimbul ribut dalam rumah tangga Umno Pasir Mas.

Kerusi tersebut lebih awal menjadi taruhan kepada Ketua Pemuda Umno Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman.

“Isu pertelingkahan di antara Najib dan Che Johan bukan lagi menjadi rahsia di Pasir Mas. Semua orang sudah tahu pergolakan antara mereka sekarang,” kata Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Di Rantau Panjang isu retak menanti belah tidak dapat dinafikan. Dendam politik antara ketua bahagian sekarang, Dato’ Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Dato’ Mohd Zain Ismail masih belum reda.

Biarpun ada usahausaha mendamaikan dua kumpulan tersebut, namun ia tidak lebih sebagai hangathangat tahi ayam. Mohd Zain dan penyokongnya masih mengimpikan jawatan lama.

Kegawatan pada Oktober 2008 ketika pemilihan di peringkat bahagian tidak dapat dilupkan.

Pasukan FRU terpaksa dikejar mententeramkan keadaan gawat mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian.

Suasana kecoh tercetus apabila pengerusi tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi. Mesyuarat tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di Rantau Panjang. Hari ini Ketua Pemuda Rantau Panjang, Ustaz Effendi Yusof pula dikatakan mempunyai haluan sendiri.

Setahun lepas 36 Penyelia Pembangunan Mukim (sekarang JKKKP) dan tiga Ketua PPM yang dipecat Abdullah pernah mengugut mahu meninggalkan parti.

Kira-kira 500 penyokong Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku dan 35 cawangan lagi di seluruh bahagian tekad mahu keluar Umno.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial, Wan Yaakob Wan Ismail memberitahu antara sebab mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Abdullah.

Situasi serupa juga berlaku di Tumpat apabila tidak ada nama besar bagi mengisi calon parlimen. Dr Ashraf Wajdi Dasuki yang dibawa pulang pada pilihan raya umum lalu tidak lagi menjadi sebutan.

“Saya mendengar ada ura-ura calon wanita yang akan diletak di kerusi parlimen Tumpat,” kata bekas guru, Che Awang Lah dari Dun Pasir Pekan.

Manakala Dato’ Noor Zahidi Omar dikatakan lebih selesa mempertahankan Dun Pengkalan Kubur, dan timbalannya Dato’ Rusdi Abdul Aziz pula enggan berganjak daripada Dun Wakaf Bharu. Isu dalaman membelit Umno Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat tentunya menyukar misi Dato’ Seri Mustapa Mohamed menawan Kelantan.

Ulasan dari : PASPB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...