PKR Sarawak akan lumpuh!
Itulah gambaran yang boleh digambarkan mengenai situasi yang menimba PKR Sarawak sekarang apabila beberapa pemimpin kanan PKR Sarawak mengambil keputusan keluar parti.
Jimmy Donald, Ketua PKR Sri Aman bersama Ketua PKR Kapit, Munan Laja, Ketua PKR Serian, Jonas Riong dan beberapa pemimpin lain seperti Matthew American dan Dr John Brian, blogger Dayak Baru secara rasmi telah mengumumkan keluar parti
Surat perletakkan jawatan mereka telah disampaikan kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.
Menurut Jimmy, selepas ini akan ramai lagi ahli-ahli dan pemimpin PKR di peringkat bahagian akan mengumumkan keluar parti termasuk kesemua ahli-ahli PKR Sri Aman. Hanya menunggu sedikit masa lagi dan ini akan menyebabkan PKR Sri Aman akan tutup kedai.
Ditanya mengapa mereka mengambil keputusan drastik ini, Jimmy menjelaskan mereka berasakan hala tuju PKR Sarawak sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal.
Ditambah pula dengan kes video seks Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bersama pelacur Cina yang membuatkan mereka berasa MALU dan TERHINA.
Secara kebetulan ramai yang tahu mereka ini ahli-ahli PKR, jadi ramai rakyat Sarawak yang bertanyakan mengenai kes video seks Anwar Ibrahim.
Pastinya, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan rakyat Sarawak memandangkan mereka sendiri tidak mengetahuinya. Yang pasti, mereka mengikuti perkembangan ini dan berasakan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan itu.
Selain malu dengan perilaku pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim, mereka juga sudah tidak percaya kepada kepimpinan PKR Sarawak dan PKR Pusat.
Melihat situasi sekarang, pemimpin PKR Pusat lebih mengutamakan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan politik Anwar Ibrahim.
Manakala, PKR Sarawak pula lebih mengutamakan mempertahankan reputasi Anwar Ibrahim dalam video seks bersama pelacur dan mengangkat Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak.
Ini telah menyimpang daripada tujuan asal penubuhan PKR di Sarawak. Berpegang kepada prinsip itu, mereka mengambil keputusan keluar PKR secara rasmi.
SUMBER : cetusankenyalang.blogspot.com
BACAAN SETERUSNYA : Anwar Tidak Menafikan Keinginan Homoseksual!
No comments:
Post a Comment