Kini penduduk sekitar Lorong Gajah Mati Kota Bharu Kelantan pula mendakwa tanah mereka diambil oleh kerajaan negeri PAS tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Ekoran tindakan zalim tersebut penduduk telah mengadakan tunjuk perasaan semalam (18 Sept. 2011)
Pihak MPKB-DRI bermain tarik-tali dengan mendakwa pengambilan tanah di kawasan tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun dalam kelam-kelibut rakyat penduduk Lorong Gajah Mati ini merintih percayakah anda tiada seorang pun Adun/MP PAS yang turun jenguk dan dengar aduan mereka ini.
Inikah yang dikatakan negara berkebajikan?
Kebajikan siapa yang dijaga... kebajikan rakyat Kelantan atau pemimpin-pemimpin PAS?
Rakyat Kelantan terus tersepit wakil rakyatnya dilaporkan ada bergaya dengan kereta mewah?
Petikan dari khabarkotabharu.com :
Oleh Ali Salleh
JALAN GAJAH MATI – Selepas 415 rakyat Kelantan membantah terhadap sikap menipu Pas kerana tidak memenuhi janji pilihan raya umum 2008, kini timbul pula isu rakyat dihalau di tanah mereka sendiri.
Dahulu 415 para peniaga dari persatuan Arked Uda dan Pasar Lama MPKB ditindas kerana mereka akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru yang sempit serta harga yang mahal daripada yang dijanjikan Pas iaitu dari RM40,000 selot kedai kepada harga RM90,000.
Akibatnya wakil persatuan peniaga itu membidas Menteri Besar Kelantan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen kawasan Kota Bharu kerana tidak berunding dengan peniaga dahulu dan cuba menipu mereka.
Akhir sekali kerajaan Pas tunduk malu dengan kuasa rakyat Kelantan yang beberapa kali mengadakan demonstrasi bantahan dengan menawarkan lot kedai pada harga RM63,000.
Malangnya dengan isu terbaru kali ini, timbul lagi satu kekejaman Pas apabila kira-kira 300 penduduk di Seksyen 10, Lorong Gajah Mati, di sini, memprotes di jalanan bagi membantah pengambilan balik tanah mereka oleh kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Wakil mereka, Rahimi Mohammad berkata, penduduk di situ tidak membantah cadangan projek pembangunan pinggir Sungai Kelantan tersebut, namun mempersoalkan proses pengambilan balik tanah yang dilihat tergesa-gesa.
Sepatutnya penduduk diberikan notis rasmi memberitahu kerajaan akan mengambil balik tanah yang didiami mereka sebelum diserahkan Borang E, namun sekarang kami hanya diberi Borang E tanpa notis rasmi, katanya kepada pemberita, di sini.
“Ini menunjukkan ketidaktelusan yang dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu kepada pemilik-pemilik tanah yang sah dan berdaftar di Jalan Gajah Mati dan Jalan Sultanah Zainab ini,” kata Rahimi.
Beliau juga mendakwa penduduk di situ hanya mendengar desas-desus kerajaan negeri pimpinan Pas itu akan mengambil semula tanah tersebut sebelum menerima Borang E terbabit.
“Pemilik-pemilik tanah terlibat dengan cadangan itu ingin memohon pihak berkenaan melakukan siasatan ke atas Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Syarikat K.D.Howa Seng yang dikatakan tidak mematuhi prosedur pengambilan Akta Tanah 1960 itu,” katanya.
Sementara pihak pengurusan MPKB-BRI menafikan perkara itu dengan mengatakan pengambilan tanah berkenaan adalah mengikut prosedur.
Seperti peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru, penduduk di Lorong Gajah Mati tidak mendapat pembelaan.
Apatah lagi hendak melihat kelibat pemimpin Pas termasuk Ahli Parlimen serta Adun yang datang untuk selesaikan masalah rakyat itu.
Apakah tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyelesaikn masalah itu. Malangnya sehingga kini Nik Abdul Aziz hanya berdiam diri manakala pemimpin bawahan tiada lagi sebarang tindakan.
Apakah akan berlaku tindakan sabotaj ke atas penduduk itu seperti pernah dilakukan oleh Pemimpin Pas dengan memutuskan bekalan elektrik beberapa hari bagi memaksa para peniaga Pasar lama MPKB berpindah segera ke Bazar Tok Guru?
Diharapkan perkara Seperti itu tidak berlaku kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment