Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 21, 2011

Gempar! Pemuda PAS Mula Bogelkan Pemimpin Tertinggi PKR!

Menurut Pemuda PAS, dalam daftar SPR banyak nama yang mereka temui mempunyai kod Negeri 71.


Pemuda PAS: 170,818 pengundi tiada kod negara

September 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Pemuda PAS pusat kini mendakwa terdapat 170,818 nama dalam daftar pemilih suku kedua tahun ini yang tidak mempunyai kod negara, yang menimbulkan persoalan mengenai keshahihan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kayat berkata berdasarkan pada semakan di laman web Jabatan Pendaftaran Negara, pengundi-pengundi itu disenaraikan dengan kod rasmi “71” — merujuk kepada warganegara tidak diketahui negara asal kelahirannya.

“Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam daftar pemilih induk, maka mereka diberi hak mengundi di negara kita,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 42.33 peratus atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina dan 17.33 peratus atau 29,605 pengundi bangsa India manakala rakyat Bangladesh adalah mereka yang paling sedikit sekali.

“Menariknya bagi rumpun bangsa Inonesia yang pernah memanaskan negara dengan isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 peratus atau 7,468.

“Mismah memiliki kod negara “71” dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58),” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, mengikut pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam iaitu 37.7 peratus atau 64,400 orang sahaja menakala 62.30 peratus atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941).

Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 peratus atau 97,923 orang.

Katanya, ia satu jumlah cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-170818-pengundi-tiada-kod-negara/

Apa yang Pemuda PAS sebenarnya adalah satu provokasi untuk kita menyiasat siapa sebenarnya yang mempunyai kod negeri 71 tersebut.

Dalam pencarian kami, kami telah temui 5 pemimpin tertinggi PKR mempunyai kod negeri 71. Ertinya pemimpin-pemimpin PKR ini dikategorikan oleh PAS sebagai orang yang tiada kod negara dan bukannya berasal dari Malaysia.



Perkara ini adalah sesuatu perkara yang sangat serius dan Parlimen perlu membincangkan isu yang dibawa oleh Pemuda PAS iaitu bagaimanakah orang yang mempunyai kod IC 71 bukan sahaja boleh menjadi pengundi malah boleh menjadi pemimpin parti! Malah, Wan Azizah sendiri pernah menjadi Ketua Pembangkang sebelum Anwar Ibrahim mengambil alih.

Memang benar kata Pemuda PAS kerana kebanjiran pengundi mempunyai kod 71 boleh menumbangkan Kerajaan yang memerintah. Kenyataan Pemuda PAS ini merujuk kepada kejayaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Wan Azizah (no. kod IC 71) hampir menumbangkan parti pemerintah.

Kepada yang masih tidak percaya bahawa ini adalah ancaman yang sebenar seperti yang diperkatakan oleh Pemuda PAS, anda boleh lihat bukti yang kami perolehi dari laman web SPR yang menunjukkan bahawa orang yang berIC 71 sedang memimpin gerakan untuk menumbangkan Kerajaan.




*Selepas pendedahan ini, kita tunggu respon Pemuda PAS. Adakah mereka berani sound PKR secara direct? Benarkah PAS secara tersembunyi mahu menumbangkan pimpinan tertinggi PKR sebagai mana PKR menumbangkan golongan ulama dan menaikkan golongan Erdogan. Kita tunggu episod perebutan kuasa antara DAP-PAS-PKR selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...