Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 19, 2014

TN GURU HJ HADI AKAN TERLEPAS JAWATAN PRESIDEN PAS JIKA TIDAK IKUT TELUNJUK ANWAR (PKR) DAN DAP

MUJAHID TERGAMAK BERI KATA DUA PADA AYAH CHIK? KURANG AJAR LA TU... #SavePAS
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti tidak mampu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani krisis di Selangor, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya berada di bawah telunjuk kemahuan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu kemelut dalaman tiga parti pembangkang itu.

Mujahid turut menggesa agar Abdul Hadil setuju untuk melantik isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya mahu terus menerajui parti berkenaan.
Mujahid berkata, tindakan Abdul Hadi tidak menyokong keputusan PR membuktikan dia mempunyai kelemahan untuk mengekalkan kerjasama parti itu bersama PKR dan DAP dalam menangani isu pemilihan Menteri Besar di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah Presiden PAS terlalu lemah," soalnya dipetik melalui Malaysia Insider.
Jelas Mujahid lagi, keputusan Abdul Hadi amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju parti berkenaan pada masa hadapan.
Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, Abdul Hadi seharusnya membuat satu keputusan yang boleh menarik sokongan masyarakat bukan Islam kerana ia akan mempengaruhi kepercayaan mereka terhadap PAS dan terus mengundi parti berkenaan pada masa hadapan.
"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan.
."PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.
"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.
"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya lagi.
Selain itu, dia mendakwa tindakan Abdul Hadi menolak cadangan PR menunjukkan dia seolah-olah terpengaruh dengan helah UMNO yang sengaja mengunakkan isu perkauman bagi menghancurkan kerjasama parti itu dalam PR.
.
"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.
"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.
Sementara itu, dia berharap semua parti dalam PR termasuk PAS akan sentiasa bersabar dan tidak melakukan tindakan terburu-buru bagi menangani sesuatu isu bagi mencapai matlamat PR menakluk Putrajaya pada masa depan.
Tambah Mujahid lagi, PAS tidak seharusnya terlalu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi perlu melihat dari satu sudut kepentingan dalam PR dan harapan rakyat terhadap kerjasama mereka bagi mencapai matlamat dalam merubah kerajaan pada pilihan raya akan datang.
"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.
"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor 


BIARPUN DIHINA PAS TETAP SETIA KEPADA PAKATAN.

KHAMIS, 18 SEPT 2014 
SHAH ALAM: PAS tidak sewajarnya memberikan peluang kepada PKR dan DAP, tegas Ismail Mina Ahmad.

SUMBER :
Dalam ucapan dasarnya pagi ini pada muktamar PAS ke 60, Hadi Awang ternyata tidaklah segarang yang disangka. Beliau dijangka memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar jangan memijak-mijak PAS tetapi sebaliknya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dan musuh utama mereka masih lagi UMNO. Katanya lagi mereka yang menyuarakan persahabatan antara PAS dan UMNO adalah mereka yang menyebarkan tohmahan dan api fitnah yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam. Bagi Hadi Awang tahaluf siyasi antara PKR dan DAP adalah lebih penting dari persahabatan dengan UMNO. Biarpun PAS dihina, dikritik, dimaki hamun oleh rakan-rakan dalam Pakatan ternyata PAS tetap mahu menjadi “kuda tunggangan” di dalam Pakatan. 
Ternyata cakap-cakap yang mengatakan Hadi Awang akan memberi kata dua kepada PKR dan DAP meleset sama sekali. Biarpun pemimpin tertinggi PKR dan DAP seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Lim Kit Siang tidak hadir pada perasmian muktamar kali ini, Hadi Awang tetap tunduk hormat kepada mereka.Adalah perkara yang cukup memalukan apabila pemimpin tertinggi parti rakan tidak hadir pada perhimpunan seperti ini tetapi PAS tidak merasa malu kerana sudah biasa dimalukan begini dalam Pakatan . PAS sudah tidak mempunyai pemimpin yang berani lagi. Hadi Awang merupakan seorang presiden yang hanya menjadi pak turut di dalam Pakatan. Biarpun dalam isu MB Selangor dia kelihatan tegas tetapi nampaknya ia hanyalah sebuah lagi drama bersiri dari Pakatan Rakyat. PAS akan terus di hina dan dihina oleh rakan kongsinya. Percayalah. Wasallam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...