Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, September 18, 2014

PAS Sanggup Bersendirian Dan BerCerai Dengan DAP & PKR untuk tubuh Negara Islam


KULAIJAYA: PAS perlu mengkaji kemungkinan untuk jatuhkan "talak' dengan Pakatan Rakyat jika kerjasama berlandaskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR yang tercalar tidak boleh diperbaiki lagi, kata Datuk Haron Din.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihAGd48tCPGQu5YPS5TeNNQeHT9mmUByCEOjr7_epBV23yEBoJVEX-dLKwO4L5j7MMr-XVSK6fViHL_wCUww-FrqCQYJOyHTQ7IvH4XWP0vYh9wRPWbywmxcD95Z-q_obpt3z_BHe1r6S0/s640/blogger-image--1100906798.jpg

PAS sanggup bersendirian untuk tubuh Negara Islam, kata Ahmad Yaakob 


KULAIJAYA: PAS tidak akan berganjak daripada matlamat menubuhkan kerajaan persekutuan berasaskan Islam walaupun jika terpaksa berjuang bersendirian, kata Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Ahmad Yakob.

 

Ini bermakna PAS tidak perlu lagi bekerja keras dan bertelagah dengan BN di Pengkalan Kubor.
Masanya untuk PAS berundur sekaligus memberi laluan kepada calon BN yang berwatak ustaz pengasas pondok menjadi wakil rakyat.
PAS boleh lakukan demi mengajar kebiadapan PKR DAP yang memperdaya PAS selama ini.
Takbir !!! 


 

KEMASKINI : Nak salahkan wartawan pun tidak boleh dalam hal ini.Kalau berpandukan kepada teks ucapan asal pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Ahmad Yakob jelas tertulis beliau kata tiada keperluan untuk tukar Menteri Besar Selangor.

Malah portal online PAS,Harakahdaily sendiri melaporkan Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian berpandu kepada teks ucapan dasar beliau di perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS di sebuah resort dekat Johor Bharu pagi Rabu.

Namun semasa berucap beliau tidak sebut bab yang berkenaan.

Sudah menjadi kebiasaan kalangan wartawan yang dalam kesibukan membuat liputan muktamar terus memetik kata-katanya dari teks ucapan sahaja.

Maka atas sebab itu awla-awal sudah tersebar berita termasuk oleh Harakahdaily sendiri mengenai kenyataan Ahmad Yakob tentang isu Tan Sri Khalid Ibrahim itu.

Pemangku Ketua DSewan Ulamak itu telah menjelaskan beliau tidak sebut dan tidak bermaksud sepererti dilapor semasa mengulong perbahasan di akhir muktamar.

Katanya Khalid sudah dipecat ( dari PKR) maka hal itu tidak berbangkit.

Menurutnya beliau cuma beri contoh keputusan mengunakan prinsip Islam tetapi ia tidak bermaksud sayap ulamak parti itu mahu Khalid kekal.- 17/9/2014

 


 
Muktamad di Muktamar... Dewan Ulamak PAS mahu Khalid Ibrahim kekal MB
 
Ini bukan dalam sidang media atau pandangan peribadi seorang ketua... tapi ini ucapan dasar pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Muktamar tahunan parti tersebut di Kulaijaya Johor pagi Rabu.
Ia merupakan pandangan daripada satu sayap penting dalam PAS, yang mempertegaskan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan.
Keputusan Maktamar adalah muaktamad dan tidak boleh diubah oleh mana-mana mesyuarat dalam PAS.
Menurut Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum Islam.
Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan ADUN Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu pilihanraya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.
Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.
Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.
"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di Kulaijaya Johor pagi ini.
Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS.
Sementara itu, ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata kaedah pemilihan ketua kerajaan mestilah mengikut syarat sepertimana pemilihan seorang imam dalam solat.
Kaedah sama juga ujar Haron terpakai dan perlu digunakan dalam melantik Menteri Besar Selangor.
"Kalau dalam amalan solat ada kaedahnya tentang siapa yang patut dan wajib menjadi imam, dan itu berlaku terus menerus dalam hidup kita dan dalam politik.
"Maka dalam perjuangan, kena kenali, kena hayati siapa yang patut menjadi ketua, dan dipertahankan ketua itu... siapa yang patut menjadi ketua kerajaan, siapa patut menjadi MB, sepatutnya semua maklum," katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada pergolakan politik di Selangor dalam mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Sebelum ini juga, Majlis Syura Ulamak PAS menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar atas dasar pemimpin itu dikatakan tiada kelayakan dan pengalaman cukup bagi memikul amanah berkenaan.
Mengulas lanjut, Haron menambah, Dewan Ulamak PAS menjadi tonggak parti dalam mengukuh dan menguatkan perjuangan parti Islam itu.
Jelasnya, meskipun ahli PAS khususnya barisan pimpinan sentiasa mengikuti tarbiyah parti, namun masih wujud segelintir daripadanya tidak memahami serta menghayati perjuangan Pas.
"Ada yang kecundang di tengah jalan...ada pula luruh binasa...ada juga meninggalkan perjuangan dan lebih teruk ada yang mengkhianati perjuangan PAS," ujarnya.-17/9/2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...