Pas BIDAS Kerajaan P.Pinang Guan Eng ABAIKAN MELAYU, Akui MELAYU BERPINDAH
BATU PAHAT: Kerajaan
Pulau Pinang dibidas kerana terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju
hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat
Melayu di negeri itu.
Perwakilan Pas daripada Pulau Pinang, Izuri Ibrahim berkata sikap
kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu telah
mengakibatkan harga tanah dan rumah melambung melangkaui kemampuan
rakyat untuk memilikinya.
"Disebabkan dasar-dasar yang mesra dengan syarikat-syarikat pemaju
perumahan, banyak kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa kepada
kerakusan menyebabkan pemindahan penduduk."
"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan. Apa yang membimbangkan
kini adalah kerajaan negeri terlalu propemaju sehingga mengabaikan
kebajikan rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada
Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, di sini, Jumaat.
Paling
memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah
Perbadanan Air Pulau Pinang.Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu
penghormatan kepada Pas,namun ramai yang menyifatkan 'pemberian' jawatan
itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam
Pas.
Ketika ini, disebabkan dasar yang terlalu 'mesra' terhadap pemaju, harga
rumah di Pulau Pinang melambung tinggi sehingga mencecah antara RM500
hingga RM600 satu kaki persegi, menyebabkan ramai kalangan masyarakat
sukar membeli rumah.
Jika kerajaan Kelantan mampu menjaga kepentingan penduduk Cina yang
merupakan golongan minoriti, beliau juga mengharapkan Pulau Pinang
membuat perkara yang sama dengan memelihara kebajikan penduduk Melayu
yang merupakan golongan minoriti di negeri itu.
PAS Pulau Pinang mahukan kerajaan negeri melibatkan parti (PAS) dalam
penggubalan dasar-dasar yang mesra rakyat dan lestari di dalam isu
perumahan serta pemindahan penduduk yang terjejas.
Bagi penduduk yang terlibat dengan pemindahan, Izuri meminta mereka
diberikan rumah percuma bernilai RM75,000 di lokasi sama, rumah transit
manakala keluarga mereka diberikan peluang membeli rumah di lokasi sama.
No comments:
Post a Comment