Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 17, 2014

KOTA TINGGI : Muktamar Pemuda PAS Kali Ke 55 @ Mat Sabu Menyeru PAS Bangkit dan Berubah DARIPADA Retorik Atas Nama Islam.

Bakal Presiden PAS  Ingin Menafikan Perjuangan Islam dalam Muktamar Pemuda Pas kali ke 55.. Ulama dalam PAS kena sekolahkan oleh Abang Mat Sabu :



a) Tegur Majlis Syura Supaya Tidak Ulangi Kejatuhan Turki
b)  Seru Ulama Dalam PAS Contohi Khomeini Jika Ingin Kekal Relevan  

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tegurannya terhadap prestasi Majlis Ulama adalah demi memastikan PAS terus relevan dan mengelakkan parti itu ‘mengulangi’ sejarah keruntuhan pemerintahan Turki.


Beliau berkata, kebimbangan itu perlu disuarakan, apatah lagi katanya penyokong parti itu terdiri daripada pelbagai golongan, dan dikhuatiri pendekatan ulama yang agak konservatif dan terlalu Islamik akan mencambahkan perasaan ‘menyampah’ terhadap PAS.
“(Prestasi Ulama) Kena tingkatkan lagi, baru nampak relevan.. kebimbangan tu besar. Sebab bila orang dah fed-up (menyampah) pada golongan agama, akan muncul orang macam Kamal Attaturk.

“Di Malaysia, tak sampai tahap itu lagi, tapi biar kita letakkan kebimbangan itu. Macam Turki, di penghujung pemerintahan khalifah (kerajaan Uthmaniyyah) itu, orang dah fed up, akhirnya Kamal Attaturk disokong.
“Sebab sekarang trend orang pilih pemimpin seperti Jokowi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55, di sini, sebentar tadi,lapor Antarapos.

Teriakkan "Hancur PasMa" telah bergema mengiringi ucapan Mat Sabu yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi. Lebih 100 perwakilan yang berbaju hitam yang bertulis "Kami Bersama Presiden dan Majlis Ulamak" terus meninggalkan majlis dan meninggalkan Mat Sabu tersengeh-sengeh di atas pentas.

Teguran Mat Sabu itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Majlis Syura bermesyuarat dan sepakat menolak calon Menteri Besar Selangor yang dipersetujui Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.

Sep 16, 2014
KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menerima tamparan apabila segelintir perwakilan Pemuda PAS keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja beliau bangun untuk berucap pada mesyuarat tahunan sayap itu petang tadi.
Semalam, Mat Sabu dilaporkan Malaysiakini menggesa kumpulan ulama dalam parti itu perlu “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan. 


 

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular “Kamal Attaturk” bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

 
insiden sangat memalukan yang berlaku semasa Muktamar Pemuda PAS itu.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mat Sabu menafikan beliau hanya mengagumi tokoh-tokoh Syiah sahaja, tetapi turut menghormati tokoh sosialis juga. 

“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Hossein Nasrullah (Hizbullah Lubnan), Maudidi (penulis), Hassan al Banna (Ikhwanul Muslimin Mesir) Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.
“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya.
Malaysiakini yang turut meminta pandangan Ahli jawatankuasa pusat PAS, Nik Abdul Abduh Nik Aziz tentang pendapat Mat Sabu berkata pandangan Timbalan Presiden PAS itu “macam ada sesuatu yang tak kena.”

Kata Nik Abduh, gesaan Mat Sabu itu umpama meminta ulama “membuka baju”.
“Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Dan kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau nak suruh nampak menarik tak perlu pecat baju, kita kena basuh baju.

“Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi saya tak fikir lagi untuk megulas panjang. Saya hormatilah kenyataan dia sebagai timbalan (presiden),” ujar Nik Abduh.

Sementara itu, Nik Abduh mengakui parti itu kini berdepan dengan krisis dalaman parti.
Bagaimanapun ahli jawatankuasa PAS itu berkata, perkara itu hanya akan ditangani di antara pemimpin parti itu sendiri.

“Ya…ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita nak tangani krisis itu dengan PAS,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan, malam tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai tulisan di laman Facebooknya minggu lalu yang mengkritik tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong PKR sebagai pengkhianat, Nik Abduh berpendapat, kenyataannya itu merupakan pandangan majoriti pemimpin PAS.

Malah, katanya, perkara itu juga turut dipersetujui oleh ayahnya yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya yakin pandangan saya ialah pandangan majoriti pemimpin PAS di peringkat pusat dan saya tanya ayah saya pun, ayah saya setuju yang mereka pengkhianat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...