TAN SRI MUSA HASSAN
Akta Hasutan perlu dikekalkan oleh kerajaan bagi tujuan melindungi dan mengekalkan keamanan yang dikecapi di negara ini.
Tan Sri Musa
Hassan berkata, dengan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
(ISA), Akta Hasutan adalah salah satu undang-undang sistem
berpelembagaan yang digunakan demi menyatukan perpaduan yang wujud sejak
beberapa lama dahulu.
Menurutnya,
Akta Hasutan diwujudkan untuk mengekang mana-mana individu tidak
bertanggungjawab yang cuba menggugat keselamatan dan keharmonia negara.
“...Undang-undang negara bertujuan melindungi rakyat dari perpecahan kaum. ISA ini digubal untuk orang yang didakwa kerana mengkhianati negara, tanpa ISA polis tidak boleh bertindak.
“Sekarang ISA dibuang (sebab itulah sekarang ini orang ‘berani’ cakap macam-macam), jika Akta Hasutan dihapuskan, ia menjejaskan keharmonian serta mewujudkan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan negara.,” katanya ketika bercakap dalam Seminar Agenda Memartabatkan Institusi Tuanku Sultan Selangor hari ini.
Musa berkata, semua pihak harus mengambil iktibar ke atas tragedi berdarah yang terjadi pada 13 Mei 1969 lalu.
“Semua warganegara tidak kira kaum bangsa dan agama perlu menghormati undang-undang yang telah ditetapkan. Jangan ulang kembali Peristiwa 13 Mei yang telah terjadi di negara ini,” katanya lagi.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak kepada konflik perpaduan antara kaum di Malaysia.
Tragedi
tersebut yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara telah
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.
Persoalannya,
kewujudan parti politik campuran (Melayu, India, dan India) kerana
pihak British mahu kita bersatu. Tapi sekarang kenapa wujudnya sengketa
antara kita? Yang tu tepuk dada tanya la diri masing - masing!!!
No comments:
Post a Comment