Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, January 11, 2014

PAS KELANTAN TIDAK MAHU LAGI DIKUDAKAN OLEH PKR....

PKR TERUS 'MELUKUT TEPI GANTANG' DI KELANTAN!!! 

 Rejim PAS Kelantan sedia bersemuka dengan PKR Negeri bagi membincangkan masalah berbangkit, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Menurutnya, PKR Kelantan tidak perlu menunggu undangan PAS negeri jika ada perkara menimbulkan rasa tidak puas hati dan memerlukan perbincangan lanjut.

“Kalau ada perkara yang mereka tak puas hati, sepatutnya mereka datang berjumpa kita (Pas), kita nak panggil pun, kita rasa tak ada apa-apa masalah, sebab apa yang dibuat kini sama seperti sebelumnya.

“Tetapi kenapa sebelum ini tidak pernah berbangkit, itu yang kita pelik. Sebab itu saya maklumkan kalau ada apa-apa, datang jumpa, tak perlu dijemput,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersama Pengerusi di sini, semalam.

Mohd Amar berkata demikian mengulas kesediaan PKR Kelantan untuk semeja dengan Pas negeri menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang timbul antara kedua-dua pihak, mutakhir ini, antaranya masalah lantikan penyelia Dun di kawasan diperuntukkan kepada PKR di Pengkalan Kubur dan pelantikan penghulu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 negeri berkata, pihaknya melihat perkara dibangkitkan semuanya sudah berjalan, malah tidak pernah ditimbulkan dalam beberapa pertemuan sebelum ini.

Dalam pada itu, mengulas  surat dihantar PKR Kelantan sebelum ini, Mohd Amar berkata, surat berhubung peserta ladang rakyat diterima namun belum diberikan jawapan kerana khuatir akan menimbulkan salah faham.

“Lebih baik beri penjelasan secara langsung, lagipun permintaan dibuat terlalu tinggi, sukar ditunaikan kerajaan negeri, selain memerlukan perbincangan secara rasmi dengan pihak terlibat,” katanya.

Media semalam melaporkan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Sukirman Mustapa mendedahkan  PKR negeri sentiasa menunggu pelawaan kerajaan negeri mengadakan perbincangan sekali gus menyelesaikan masalah dihadapi. 

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...