Semoga umat islam sedar
Kandungan bible...iqra!biar anda sendiri menilai! —
KALIMAH ALLAH: Bodohnya Pejuang Liberalisasi. KLIK baca ni!
Dalam desakan dan tuntutan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu, mereka memakai hujah bahawa semua agama menyembah Tuhan yang SATU.
Oleh itu, kata mereka, apapun nama rujukan terhadap Tuhan tidak sepatutnya menjadi isu.
Justeru, kita pun tertanya-tanya, kenapa tidak namakan saja Tuhan Kristian sebagai Gautama Buddha atau Ramayana atau Lim Guan Eng? Bukankah nama-nama ini lebih relevan dan lebih dekat dengan penganut-penganut Kristian di Malaysia?
Kalaupun ingin sangat berbunyi Melayu, kenapa tidak diberi nama Ali atau Abu sahaja? Atau nama-nama Iban? Atau cipta saja nama baru. Kenapa mesti berdegil ingin menggunakan nama yang mampu mencetuskan krisis?
Bukankah mereka juga yang berkata bahawa nama Tuhan bukan satu isu?
Hujah bahawa semua agama merujuk kepada Tuhan yang satu membawa maksud penganut Kristian kini percaya bahawa Tuhan itu adalah sama dalam semua agama, termasuk agama Islam yang menyembah ‘Allah SWT’.
Untuk pengetahuan penganut Kristian, Allah SWT yang disembah oleh umat Islam adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Oleh itu, jika benar Kristian menyembah Tuhan yang sama, maka mereka secara automatik telah menggugurkan kepercayaan yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan.
Nampaknya pihak Kristian perlu mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan kitab Injil mereka yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan bagi menepati hujah bahawa mereka turut menyembah Tuhan umat Islam.
Ini kerana mengikut logik, mana mungkin Tuhan yang sama mempunyai sifat yang berlainan?
Dengan ini, kita mendesak semua padri dan pendakwah Kristian di Malaysia agar membuat pengumuman rasmi bagi menafikan bahawa Jesus itu adalah ‘Allah’ yang disembah mereka.
Hanya inilah saja jalan penyelesaian bagi memastikan penggunaan nama Allah dalam kitab Injil Kristian tidak menimbulkan konflik dengan hujah mereka sendiri dan tidak menimbulkan ketegangan dengan umat Islam.
MP: BIBLE bukan INJIL. Sesat semua ni!
Lagi...pasal isu Paderi Lawrence....Apa Kata Tun Mahathir Mai Sini....Baca
"Di sini tidak berlaku kerana kita sedar sensitiviti orang lain. Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia sengaja, dah mahkamah kata jangan pun tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah," katanya pada wartawan di Kelana Jaya Rabu.
Sehingga semalam paderi itu enggan tarik balik kenyataan kalimah Allah tetap akan digunakan di Selangor.
Bekas Perdana Menteri itu berkata Pengarang The Herald itu harus menghormati sensitiviti orang Islam di negara ini dan menghormati keputusan yang sudah dibuat mengenai isu kalimah Allah di mahkamah.
"Di sini tidak berlaku kerana kita sedar sensitiviti orang lain. Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia sengaja, dah mahkamah kata jangan pun tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah."
Beliau berkata atas faktor mengaja sensitiviti terdapat penganut agama membina sehingga empat rumah ibadat dalam satu kawasan dan tidak di lokasi yang sepatutnya namun ia dibiarkan.
"Sama ada boleh digunakan atau tidak perkataan Allah dalam agama adalah perkara lain yang harus kita utamakan adalan sensitiviti masyarakat. Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama tak apalah di sini apa sebabnya tiba-tiba nak gunakan?" katanya.
Beliau bertanya apa jadi kalau semua orang tak hormati keputusan mahkamah.
"Saya berasa sedih kerana yang membawa kes ini ke mahkamah adalah pihak mereka. Selepas mahkamah buat keputusan kita kena hormati," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberitahu wartawan Rabu kertas siasatan isu kenyataan bahawa kalimah Allah tetap digunakan di Selangor sudah lengkap.
Katanya kertas itu akan diserahkan kepada bahagian pendakwaan hari ini.
Menurut beliau sebanyak 99 rakaman termasuk keterangan daripada Lawrence sudah dirakamkan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI
No comments:
Post a Comment