Sungguh sedih dan memualkan kerana sejak akhir-akhir ini makin ramai
orang jahil yang berhujah mengenai pengguna Kalimah Allah oleh Kristian
seolah-olah mereka pakar agama Islam.
Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang
bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut
Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan
bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan
umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan
agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya
dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan
atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat
mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. (klik e-fatwa)
Keterangan/Hujah:
-
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada
Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh
orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu
oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan
apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of
Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh
orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain
daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks
bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah
kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
-
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal
Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang
dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam
bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek.
Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
-
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk
agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan
oleh agama lain seperti Kristian.
-
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk
mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh
memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang
Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan
oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
-
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu
dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
-
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait
dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.
Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut
semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya
akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
-
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama
kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara
yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat
merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah
adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama
adalah sama.
-
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan
ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
-
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah
dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu
dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah
umat Islam.
-
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh
agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi
factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
-
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai
gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara,
umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah
agama.
Fatwa Negeri Berkaitan:
Semoga umat islam sedar
Pas hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyelesaikan segera
kekeliruan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang kembali
diperdebatkan.
Wartawan: Jamilah Hamzah
Jurukamera:Md.Nidzam Osman
Suntingan:One Shah
Wartawan: Jamilah Hamzah
Jurukamera:Md.Nidzam Osman
Suntingan:One Shah
Jika
orang-orang yang bukan pakar agama Islam dibenarkan bercakap
sewenang-wenangnya dan tidak mempunyai
kepakaran mengenainya, maka pasti akan memberi bahaya dan boleh menyesatkan.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amr bi ‘As (r.a) berkata bahawa dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mencabut ilmu (mengenai syariat agama Islam) dengan mencabutnya dari hati manusia, dan akan tetapi tercabutnya ilmu itu dengan mematikan para ulama’ (yakni, mereka yang berilmu tentang syariat agama Islam). Sehingga ketika tiada lagi orang-orang yang berilmu (ilmu, mengenai syariat Islam yang haq), maka mengangkat manusia (yakni, masyarakat umat Islam) sebagai pemimpin mereka orang-orang yang jahil (tentang syariat yang haq itu, yakni ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) di tempat mereka bertanya (yakni, mendapatkan keputusan) tentang agama mereka. Maka, orang-orang jahil tersebut akan mengeluarkan keketapan mengenai agama Islam tanpa ilmu (yakni,
sedangkan mereka jahil tentang ketetapan Allah (a.w) yang terdapat
dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah), maka mereka itu (yakni, yang memberi ketetapan itu) sesat dan menyesatkan pula orang lain (yakni, orang yang meminta ketetapan agama, yakni masyarakat mereka).’ [Hadith Bukhari]
Jika kita amat-amati kita ketahui ramai
pemimpin kita yang tidak mempunyai ilmu mengenai syariat agama Islam
tetapi mereka tidak segan dan silu bercakap tentang hukum-hukum agama
Islam.
Mereka yang jahil tentang syariat Islamnya memberi fatwa atau keputusan
atau ketetapan dalam kejahilan tentang agama Islam. Mereka sememangnya
sesat disebabkan kejahilan mereka dan kerana ketetapan atau
keputusan yang mereka buat bersandarkan pendapat, dan tidak berlandaskan
ilmu, maka mereka pula menyesatkan orang yang lain, yakni umat Islamkeseluruhannya.
Oleh
itu, mari kita sama menginsafi diri dan meletakkan kepercayaan kepada
mereka yang pakar dalam agama Islam untuk memberi jalan yang benar
kepada kita semua.
Dalam situasi di Malaysia, sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan,
tugas itu harus dipikul oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment