“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.
“Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?
“Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Point saya - isu yang panas sekarang ekoran serbuan terbaru Jais sebenarnya hanya menunggu masa saja untuk meletup. Amaran dan Peringatan telah banyak kali disuarakan 3 tahun lalu waktu Idris Jala mula umumkannya namun Najib tetap berdegil mahu memeterainya bersama pihak gereja.
Apapun satu perkara sisi perlu juga kita renungkan ..... dalam apajua perbincangan pasti ada Give and Take. Najib memberi 10 Point tapi apa pula yang pihak gereja berikan sebagai timbal balas ? Hmmmmm .... sokongan undi dari pihak gereja ?
No comments:
Post a Comment