Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, January 16, 2012

Sidang Media Terkini Dr Hasan Ali

Sidang Media Terkini Dr Hasan Ali


Dipetik dari Sinar Harian :


PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan."Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco.

"Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di kediaman beliau di sini, hari ini.

Hasan turut memberitahu bahawa beliau telah menerima surat dari pihak istana berhubung pembatalan pelantikan beliau sebagai Exco.Pada 9 Januari lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mengambil tindakan memecat keahlian Hasan berkuat kuasa serta-merta.

Dipetik dari Mstar

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.

"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.

"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

Jelas Hasan, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi siri ceramah kecilnya di seluruh negara dalam masa terdekat.
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz tentang Dr Hasan Ali Semalam,dipetik dari Malaysiakini :

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul am PAS berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...