HOT : PATUTLA DR YUNUS TAK JADI EXCO AGAMA..RUPA-RUPANYA ADA KES??
Kiriman email dari seorang pembaca beserta satu klip video memaparkan ketidak-puashatian sekumpulan penduduk kampung Sijangkang berkaitan penggantungan tugas seorang imam di masjid kampung tersebut.
Di dalam klip video tersebut, disebut dengan jelas nama YB Ahmad Yunus Hairi, ADUN N51 Sijangkang yang kononnya mahukan permasalahan tersebut diselesaikan secara baik.
Menurut email yang kami terima, penggantungan atau ‘nasihat’ untuk ‘direhatkan dari tugas selaku imam’ masjid kampung tersebut adalah ekoran khutbah Jumaat yang dibacakan olehnya menyeru dan menasihat orang-ramai agar mengelakkan diri dari melakukan perkara yang memudaratkan awam seperti berarak dan berdemonstrasi. Secara kebetulan, khutbahnya berlangsung tidak lama dari peristiwa perhimpunan haram Bersih 2.0.
Jelas email yang dikirim lagi, ‘nasihat penggantungan’ terhadap imam tersebut bukan perkara baru kerana sebelumnya, terdapat dua (2) kes pemecatan petugas masjid iaitu siak dan pemandu van jenazah yang dilucutkan jawatan hanya kerana disyaki menjadi ahli UMNO. Namun, penduduk kampung Sijangkang masih dapat menerima keadaan tersebut. Apabila imam tersebut yang dianggap oleh orang-orang kampung sebagai individu yang tidak berparti, atau memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan tugas mahupun dalam kehidupan sehariannya, menjadi mangsa politik rakus jawatankuasa masjid yang tidak senang dengan khutbah yang menasihatkan makmum agar tidak melakukan perkara yang memudaratkan seperti berdemonstrasi, sejumlah hampir 50 orang penduduk hadir ke rumah beliau bagi menyatakan sokongan dan dukungan terhadap imam tersebut.
Dimaklumkan juga di dalam email yang dikirim bahawa sebahagian besar jawatankuasa surau-surau sekitar kampung Sijangkang turut menyokong imam tersebut.
Perkara ini telah hampir enam (6) bulan berlalu, namun tiada maklum balas yang diterima mengenai nasib imam tersebut. Umum maklum, watikah perlantikan seorang imam serta pemecatannya adalah kuasa mutlak DYMM Sultan Selangor merangkap Ketua Agama Negeri.
Mungkinkah, YB Yunus Hairi tidak layak serta tidak mendapat tempat selaku exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal dan agama Islam kerana gagal menyelesaikan hal berkaitan agama di kawasannya sendiri ? - KritisOnline
No comments:
Post a Comment