Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 19, 2018

Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity

Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity: Susulan dakwaan Jho Low sebelum ini bahawa AS tak bersetuju Equanimity diserahkan kepada Malaysia.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tiada pihak berkuasa AS yang membuat bantahan rasmi berhubung
pemyerahan kapal layar mewah Equanimity kepada Malaysia pada 6 Ogos
lalu, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.


Menurut Haniff, tiada bantahan yang dilaporkan oleh kerajaan AS,
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau Keduataan AS terhadap kerajaan Malaysia,
Indonesia, mahu pun Mahkamah California.


Merujuk dokumen yang diserahkan DOJ kepada mahkamah Calofirnia
semalam, beliau mendakwa ia merupakan bukti bahawa AS tidak mempunyai
bantahan terhadap tindakan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada
Malaysia dan bukannya AS.


Beliau juga mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low membuat kenyataan
palsu dan mengelirukan apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menipu.


"Jho Low adalah dengan tegas disarankan untuk diam membisu dan
cubalah sembunyikan diri beliau setakat mana dia mampu, sehinggalah
tangan penguatkuasaan perundangan memberkasnya kelak, daripada
menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan tohmahan jahat melalui
kenyataan palsu terhadap Dr Mahathir dan peguam negara, iaitu pihak
berkuasa negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Haniff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jho Low semalam
yang mendakwa kenyataan DOJ adalah bukti Dr Mahathir dan Putrajaya
menipu tentang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memindahkan
Equanimity.


Jho Low sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia dan Indonesia merampas
kuasa pihak berkuasa Indonesia dan mahkamah AS berhubung penyerahan
kapal layar mewah itu memandangkan ia masih dibicarakan di mahkamah.


Bagaimanapun, Haniff merujuk perenggan ketujuh dokumen mahkamah DOJ
yang menyatakan apabila Equanimity dipindahkan syarikat perkapalan
Wilson Yacht Management (WYM) bertanya kepada kerajaan AS sama ada harus
mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia yang sedang menjaga Equanimity
ketika itu.


DOJ berkata menurut nasihat 17 Jun, kerajaan AS memberitahu WYM agar krew kapal mematuhi arahan kerajaan Indonesia.


"Jelas sekali, kalau kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk
melepaskan tahanan Indonesia ke atas kapal Equanimity itu kepada
kerajaan Malaysia, dan memandangkan AS telahpun memberitahu anak-anak
kapal Equanimity untuk patuh arahan kerajaan Indonesia maka secara
langsung, AS sememangnya tiada bantahan langsung berhubung pelepasan
tahanan kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada kerajaan
Malaysia," katanya.


Untuk rekod, dalam dokumen berkenaan DOJ menyatakan bahawa
keselamatan kapal layar berkenaan perlu dijaga dan menegaskan bahawa
kerajaan AS tidak terlibat dalam penyerahan Equanimity.


Dokumen berkenaan boleh dibaca di sini.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...