Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 24, 2018

Najib senarai 5 'salah faham' tentang ECRL @ Pendedahan ini, mematangkan kami sebagai rakyat untuk PRU15. Sama ada DS Najib@UMNO/BN atau Pakatan Harapan diterima oleh rakyat.

Salah faham atau apa2 jua istilahnya. Rakyat Malaysia semakin bijak dgn olahan2 setiap projek UMNO/BN. sebagai pembayar cukai utk kelangsungan pembangunan negara, rakyat malaysia semakin faham ttg kelebihan dan kekurangan projek yg dilaksanakan. Pendedahan ini, mematangkan kami sebagai rakyat untuk PRU15. Sama ada DS Najib@UMNO/BN atau Pakatan Harapan diterima oleh rakyat.

Najib senarai 5 'salah faham' tentang ECRL: ULASAN | .... Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.

Najib Razak  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Saya berada di Pekan
semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa
apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat
melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.


Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak
menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda
mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:


Salah faham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.


Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui
harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion
sebagaimana disebar Pakatan Harapan (HARAPAN) tanpa menjelaskan apakah
perinciannya.


Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan
hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.


Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari
pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut
memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran
Titiwangsa.


Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46
bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan
ringgit yang lemah.





Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan
belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang
melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.


Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak
ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.


Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih
tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan
darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang
akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan
Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu
setengah hari untuk berlayar melalui Singapura.


Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.


Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.


Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada
kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar
tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun
yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai
Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran.
Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika
Malaysia melakukan pinjaman.


Salah faham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.


Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng
termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas,
keseluruhan kos adalah RM90 bilion.


Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan
tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya
membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan
membayar untuk 7 tahun pertama.


Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan
kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST
kepada SST.


Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK
Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.


Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun,
Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi
tempoh 20 tahun.


Salah faham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.


Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap
dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan
setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi.


Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.


Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi
projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah
lebih mudah.





Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik
kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat
terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM
China.


Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak
menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat
lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan
wang haram.


Salah faham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.


Bagi soalan ini, Datuk Seri Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan
dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan
beliau:


"Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur
pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus
daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada
faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.


"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya
untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo
atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan
terus darinya.


"Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai
industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di
sekitar stesen keretapi.


"Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat
daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh
hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga
hartanah yang lebih tinggi.


"Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL
menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang
pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai
timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan
jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat.


"Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan
penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan
kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan
produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan
mengurangkan pencemaran asap kereta.


"Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.


"Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.


"ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna
tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat
diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat
hasil daripada projek ini.


"Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat."


Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada
projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:

http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf


Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Dr Mahathir di China.


Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses).
Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalan
raya dari zaman Dr Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan
HARAPAN tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.


Lebih baik untuk kerajaan HARAPAB mendedahkan kesemua perjanjian,
kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat
kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan
ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk
menilai sendiri.


Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.


Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas
alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada
kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak
mahu tunduk dengan kemahuan HARAPAN.


Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi
penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan
pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan
taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.



DATUK SERI NAJIB RAZAK merupakan bekas perdana menteri dan anggota parlimen Pekan.


Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...