Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, August 22, 2018

Lawatan China cuti makan angin? Penasihat media PM beri penjelasan @ merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib.

Lawatan China cuti makan angin? Penasihat media PM beri penjelasan: ULASAN l Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas” terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China.

A Kadir Jasin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

  •   
  •   
ULASAN l Kalau ada pihak,
khususnya di kalangan saki-baki peniup trumpet Datuk Seri Najib Razak,
yang menganggap lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sebagai
cuti makan angin ternyatalah mereka silap besar.


Yang pasti lawatan perdana menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.


Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus
akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh kerajaan
Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib.


Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China
di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu
bagi menyatakan khabar buruk.


Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.


Seperti kita semua ketahui, perdana menteri telah memaklumkan kepada
mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek
besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta
Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.


Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak
memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban
terhadap rakyat.


Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.


Baling batu


Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada
seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai
"concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan perdana
mnteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).


Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran
bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas
China.


Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi
daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal
China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.


Penulis tanpa nama itu berkata lagi, tidak ada pelaburan baru yang
besar yang diumumkan hasil lawatan tersebut sebaliknya ia sekadar
meneruskan apa yang kerajaan Najib telah lakukan.


Hakikat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek hutang era Najib tidak pula diketengahkan.


Penulis tersebut juga seolah-olah dapat membaca isi hati pembesar
China, khususnya Perdana Menteri Li Keqiang, apabila beliau berkata Li
tidak menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai negara kaya tidak
sepatutnya menakluki negara lain.


Dia berkata, sidang akhbar bersama Dr Mahathir-Li berhenti secara
mengejut dengan Li menjabat tangan Dr Mahathir sambil memberikan
senyuman paksa.


Jelaslah masih ada pihak di Malaysia yang berfikir seperti zaman
Najib di mana pemimpin Malaysia senyum simpul sambil berpelukan dengan
pemimpin asing tetapi melakukan perkara yang merugikan negara.


Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas”
terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China. Kita mengundi
pemimpin kita.


Adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih menjaga kebajikan kita dan mempertahankan kedaulatan negara kita.


Apa yang pemimpin China hendak lakukan, itu adalah hak dan budi bicara mereka.


Tetapi saya yakin China tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan
perhubungan yang dijalin oleh Almarhum Tun Abdul Razak 44 tahun lalu
semata-mata kerana sayangkan anak beliau.



DATUK A KADIR JASIN adalah Penasihat Media dan
Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau adalah bekas ketua
pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat
dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.


Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...