Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 19, 2018

Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low

Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low: Ia bukan saja tindakan yang betul untuk dilakukan oleh bekas PM itu, malah membantu mereka secara keseluruhan, kata naib presiden Umno.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Datuk Seri Najib Razak dan keluarga beliau bertanggungjawab berkongsi
maklumat mengenai keberadaan Jho Low, kata Naib Presiden Umno Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin.


Bekas menteri besar Johor itu berkata usaha mencari kebenaran dan
keadilan dalam skandal 1MDB dilihat mendapat kerjasama yang baik
daripada Najib.


"Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low,
sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak
berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyatan media hari ini.


Menurut Mohamed Khalid, langkah itu bukan sekadar tindakan "yang
betul" perlu diambil bekas perdana menteri atau anggota keluarganya
malah akan memanfaatkan mereka.


"Ia bukan sahaja satu perkara yang betul untuk dilakukan, malah akan
membantu membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga yang kini
tercemar dengan skandal berkenaan," katanya.


Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ialah individu yang
sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan
skandal 1MDB.


Masih berusia 30-an, Jho Low berasal dari Pulau Pinang namun
mempunyai profil tinggi dan pernah dilihat bergambar bersama Najib,
isterinya Rosmah Mansor dan anak mereka di satu lokasi yang tidak
diketahui.


Bukan watak sampingan


1MDB ialah syarikat pelaburan kerajaan yang lahir daripada ilham
Najib semasa beliau menjadi perdana menteri, namun dibelenggu hutang
yang besar. Ia turut menyumbang kepada kejatuhan BN daripada kuasa buat
kali pertama sejak lebih 60 tahun.


Untuk rekod berbanding dua lagi naib presiden Umno, Mohamed Khaled
dilihat lebih bersikap terbuka, berterus-terang dan agak lantang
bersuara sebelum ini.


Seorang lagi bekas menteri yang mengambil pendekatan hampir sama dengan Mohamed Khaled ialah Datuk Johari Abdul Ghani.


Bagaimanapun Johari gagal mendapat sokongan mencukupi daripada
bahagian-bahagian Umno di seluruh negara untuk menjadi naib presiden
baru-baru ini.


Mohamed Khaled menambah pada masa sama kerajaan - yang yakin dan
mendakwa mempunyai maklumat mengenai pembabitan Jho Low - perlu
menggandakan usaha menangkap, membawa pulang, menyoal siasat serta
mendakwanya.


Katanya isu 1MDB sudah terlalu kerap dilaporkan media sama ada di dalam atau luar negara dan belum menampakkan kesudahan.




Bagaimanapun menurut Mohamed Khaled di sebalik segala laporan dan
dakwaan itu Jho Low masih belum ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa
Malaysia, apatah lagi dibicarakan di mana-mana mahkamah.


Justeru katanya pihak berkuasa Malaysia mesti bekerjasama rapat
dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara yang sedang menyiasat serta
mencari penyelesaian kepada skandal 1MDB.


"Kerajaan Malaysia harus mempamerkan keseriusan yang lebih tegas bagi mendapatkan Jho Low dan mengheret beliau ke muka keadilan.


"Kerajaan tidak boleh sekali-kali melihat beliau sebagai sekadar watak sampingan yang boleh diketepikan.


"Sebarang pendekatan menunggu dan mengharapkan beliau tampil sendiri
dan memberi penjelasan secara sukarela tidak akan berjaya dalam kes
ini," katanya dan menambah, Umno sendiri mahu isu skandal 1MDB
diselesaikan segera.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...