Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, August 2, 2018

KJ 'sekolahkan' Syed Saddiq, dibalas dengan senarai projek Umno


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
PARLIMEN | Pembangkang nampaknya
terus memberikan masa sukar buat menteri termuda Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman, antaranya Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang "menyekolahkan"
penggantinya di kementerian belia dan sukan itu di Dewan Rakyat hari
ini.


Ketika Syed Saddiq menggulung perbahasan titah diraja, Khairy mencelah untuk menyenaraikan "pelajaran" untuk Syed Saddiq.


Terdahulu, Ahmad Jazlan Yaakob (BN-Machang) juga menegur bahasa badan
Syed Saddiq ketika ketua pemuda BERSATU itu menggelengkan kepala tanda
tidak setuju berhubung kenyataan wakil rakyat BN itu berhubung kumpulan
belia.


"YB masih di sekolah ketika itu".


Khairy pula tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan
timbalan Syed Saddiq, Steven Sim berhubung tindakan kementerian itu
ketika pentadbiran BN.


Antaranya proses tender dan skandal rasuah RM100 juta - yang kemudiannya dipastikan sebagai RM38 juta.


"Sebagai kenyataan media rasmi dari timbalan menteri atau menteri,
sangat penting untuk kita tepati fakta. RM100 juta (yang disebut dalam
kenyataan itu) tak tepat. Apa yang tepat adalah RM38 juta - walaupun
angka itu masih besar.


"(Tetapi) anda perlu pastikan apabila anda keluarkan kenyataan, ia
perlu gunakan fakta yang tepat - pelajaran nombor satu," katanya.


Khairy juga membangkitkan kenyataan yang mengatakan kerajaan BN dulu
menghentikan pelan pengurusan risiko rasuah dan menjelaskan ia adalah
keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Pelajaran nombor dua - jangan membuat insinuasi (kenyataan tersirat) yang tidak tepat," katanya lagi.


Beliau juga mempertahankan amalan rundingan terus dan tender terhad
ketika menjadi menteri belia dan sukan, dengan mengatakan ia mendapat
kelulusan kementerian kewangan dan melalui proses penilaian.


Beliau berkata tender terbuka tidak sentiasa memberikan keputusan
terbaik, memberikan contoh sebuah syarikat yang menawarkan sistem
teknologi maklumatnya untuk Sukan SEA tahun lalu dengan harga RM34 juta
lebih murah daripada pembida lain tetapi tidak mempunyai prestasi yang
baik.


"Saya sokong inisiatif anda untuk menambahbaik kementerian tetapi
anda tidak perlu melakukannya sehingga memburukkan orang lain, terutama
dengan fakta yang tidak betul," katanya.


Menjawab celahan Khairy, Syed Sadiq menyenaraikan beberapa tender yang akhirnya jatuh ke tangan pemimpin Umno.


Sebagai contoh, katanya, tiga kontrak berjumlah RM40 juta bagi
perolehan dan penaiktarafan kelengkapan latihan kepada sebuah syarikat.


"Apabila kita membuat due dilligence, kita dapati ia (syarikat) bawah allahyarham ketua Umno Jelebu," katanya.


Satu lagi contoh adalah pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara.


"Saya sendiri ke sana dan saya tanya, (tetapi) pihak di sana
mula-mula tak mahu maklumkan. Saya tahu apabila mereka tak nak maklumkan
pasti ada masalah.


Syed Saddiq berkata projek tersebut diberi melalui tender terhad kepada syarikat milik ketua pemuda Umno Bandar Tun Razak.


Beliau juga membangkitkan projek Kompleks Sukan Rembau di Negeri
Sembilan yang pembinannya tidak mengikut jadual. Beliau berkata kontrak
projek itu diberikan kepada bekas exco sukan kerajaan Negeri Sembilan.


Masalah sistemik


Syed Saddiq bagaimanapun berkata ia bukan masalah Khairy semata-mata
tetapi juga tindakan kementerian kewangan yang meluluskan tender terhad
dan rundingan terus seperti yang disebut Khairy.


Beliau berkata kontrak RM40 juta yang diberi kepada syarikat
allahyarham ketua Umno Jelebu ditolak kementerian belia dan sukan tetapi
diluluskan kementerian kewangan.


"Proses perlu ditambaik baik dari atas hingga ke bawah," katanya lagi.


Khairy kemudian menegaskan masalah yang dialami bersifat sistemik.


"Saya ingin tegaskan jawapan menteri adalah betul. Setiap keputusan
untuk tukar kepada tender terhad perlu diluluskan kementerian kewangan.
Inilah isu utamanya.


"Jadi jika ingin buat perubahan dalam proses perolehan kerajaan, ia
tidak terhad kepada kementerian belia dan sukan sahaja. Ini adalah isu
sistemik," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...