Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, July 30, 2018

'Syarikat China bayar RM2.7b pada 1MDB tanpa balasan' @Memetik sumber yang mengetahui perkara itu, The Edge Financial Daily berkata disyaki kuat mempunyai kaitan dengan pengubahan wang haram.

'Syarikat China bayar RM2.7b pada 1MDB tanpa balasan': Isu bayaran RM2.7 billion pada 1MDB, yang dikatakan bagi membeli tanah 234 ekar di Ayer Itam.

 Diterbitkan  | 
Dikemaskini







   
Pada 24 Ogos tahun lalu, Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd
yang berpangkalan di China membayar 4.25 billion yuan (RM2.7 billion)
kepada 1MDB, yang dikatakan bagi membeli tanah 234 ekar di Ayer Itam,
Pulau Pinang.


Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang membekukan tanah milik anak syarikat 1MDB, MyCity Ventures Sdn Bhd.


Ia menyebabkan pemindahan hak milik tanah kepada pembeli menjadi mustahil.


Anehnya, Silk Road tiada masalah mengeluarkan jumlah wang yang besar
tanpa mendapat tanah itu, menurut jawapan bertulis Menteri Kewangan Lim
Guan Eng kepada anggota parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.


The Edge Financial Daily melaporkan timbul keraguan bahawa transaksi itu semata-mata pelindung (front)
untuk mencuci pinjaman China Exim Bank yang dikatakan untuk membiayai
projek saluran Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) bernilai
RM9.4 bilion.


Sebelum ini, SSER dilapor membayar AS$2 bilion (RM8.13 bilion) atau
88 peratus dari nilai projek kepada kontraktor saluran, syarikat China,
China Petroleum Pipeline Bureau, walaupun tidak sampai 15 peratus
kerjanya selesai.


“Wang itu disyaki berasal dari projek yang dibiayai China Exim Bank
sebelum bergerak ke Timur Tengah dan kembali ke Malaysia sebagai
transaksi tanah itu, dan kemudian digunakan untuk membayar pinjaman
AS$3.5 bilion Petroleum Investment Company (IPIC),” menurut laporan itu.


Untuk rekod, transaksi 24 Ogos untuk tanah 1MDB itu dibuat hanya enam
hari sebelum 1MDB membayar bahagian pertama daripada penyelesaian
AS$1.2 bilion dengan IPIC.


Bayaran penyelesaian itu berjalan pada 31 Julai tetapi 1MDB meminta lanjutan tempoh sebulan.


Ketika itu, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak
memberitahu parlimen bahawa penangguhan itu susulan isu “teknikal” dan
bukan kerana 1MDB tidak mampu.


Memetik sumber yang mengetahui perkara itu, The Edge Financial Daily berkata disyaki kuat mempunyai kaitan dengan pengubahan wang haram.


“Kenapa kamu hendak belanjakan begitu banyak wang dan tidak minta
pemindahan hak milik? Jawapan jelasnya kerana pengubahan wang haram.


“Syarikat China itu (Silk Road) tidak peduli dengan tanah itu kerana bukan wang mereka pun.


"Tiada bukti jejak wang di China tetapi ini agak jelas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.


Sumber juga dilaporkan berkata Silk Road ada meminta pemindahan hak milik sebelum ini tetapi tidak mengambil tindakan susulan.


Sebelum ini, tanah itu juga dilaporkan susah dibangunkan.


Laporan itu menyebut kira-kira 1,200 hingga 1,400 penyewa telah
tinggal di situ lebih 50 tahun dan kos memindahkan mereka akan menjadi
sangat mahal dan memakan masa.


[Baca berita asal]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...