Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, July 29, 2018

Tak perlu idah lagi untuk sertai BERSATU, kata Mukhriz @ Bekas Adun Bukit Tuku keluar UMNO

Akhirnya, orang kuat UMNO Bukit Tuku keluar UMNO sertai BERSATU. secara pribadi kwn pernah dua kali membantu bekas Adun Bukit Tunku pd pru12 dan pru13. Kwn pernah bersuara. Jika beliau jd calon Adun di Johor sudah pasti kwn pun ikut senang. Sanggup berhabis untuk rakyat BUkit Tunku. Akhirnya cak keting memusnahkan politik beliau.



Tak perlu idah lagi untuk sertai BERSATU, kata Mukhriz: MB Kedah itu juga menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menyertai BERSATU.



N Faizal Ghazali  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tiada lagi
sekatan kepada mana-mana ahli daripada parti lain untuk menyertai
mereka.


Timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sesiapa
sahaja kini boleh mengisi borang keahlian BERSATU dan tidak perlu
menunggu lama untuk disahkan sebagai ahli.


"Sekarang kita tak payah idah lagi, siapa nak masuk kita alu-alukan,
kita buka seluas-luasnya. Tak perlu lagi menunggu sehingga dua tiga
bulan.


"Ini kerana kita sedar matlamat kita sama, perjuangan kita sama,"
katanya ketika berucap di Program Hijrah 2.0 di Machang, Kelantan, hari
ini.


Hadir sama Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Kamaruddin Md Noor dan Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Sazmi Miah.


Pada program tersebut seorang bekas anggota dewan undangan negeri
(ADUN) Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail dan lebih 500 bekas pemimpin
akar umbi di Kelantan mengumumkan keluar Umno dengan menyerahkan
deklarasi Hijrah 2.0 kepada Mukhriz.



Sementara itu Mukhriz yang juga menteri besar Kedah berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menyertai BERSATU.


Menurutnya, ia berikutan ahli Umno kini sudah hilang keyakinan
terhadap parti berkenaan terutama selepas kekalahan BN pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU14) yang lalu.


"Pada masa yang sama saya tengok Umno kini terdesak dan melakukan
pelbagai perkara bagi menghalang ahli mereka berhijrah menyertai parti
lain walhal mereka tidak lagi berkuasa di peringkat negeri ataupun
persekutuan," katanya.


Mukhriz juga berkata masih ramai ahli Umno yang ikhlas berjuang untuk
agama, bangsa dan negara, namun mereka dimomokkan bahawa pebagai
pendedahan mengenai penyelewengan BN merupakan fitnah dan tohmahan
semata-mata.


"Jadi mereka tak tergerak untuk buat keputusan awal tetapi lepas itu
baru mereka sedar terutama selepas ini akan ada pendedahan di mahmamah
mengenai penyelewengan yang dilakukan (bekas Presiden UMNO) Datuk Seri
Najib Tun Razak," katanya.


Ditanya kemungkinan BERSATU akan menjadi Umno 2.0 berikutan
penghijrahan ramai ahli Umno ke dalam parti itu, Mukhriz berkata
pihaknya tetap akan mengadakan tapisan terhadap mereka yang berhasrat
menyertai parti itu.


"Adalah tokoh-tokoh tertentu seperti Pekan (Najib) dan kroni-kroninya
yang kita rasa tak sesuai kita akan tolak permohonan mereka," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...