Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 3, 2018

Duta Jepun: K'jaan BN tak faham falsafah Dasar Pandang ke Timur

Duta Jepun: K'jaan BN tak faham falsafah Dasar Pandang ke Timur: Beliau berkata dasar itu bukan tentang pelaksanaan projek sahaja, tetapi pemindahan teknologi dan latihan kepada warga tempatan.



Geraldine Tong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kerajaan BN sebelum ini tidak faham sepenuhnya falsafah Dasar Pandang ke Timur, kata Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa.


Beliau menyebut kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sebagai
contoh, yang mana Jepun merupakan salah satu pembida projek bernilai
RM55 bilion itu.


"Berkenaan projek ini, pentadbiran sebelum ini mengesyorkan syarikat
luar untuk memohon dan mereka boleh datang ke Malaysia atau Singapura
untuk memasang landasan, menyenggara kereta api, menawarkan perkhidmatan
dan mendapat keuntungan. Tetapi jika berlaku kemalangan, ia menjadi
tanggungjawab (syarikat terbabit).


"Ini bukan dasar Pandang ke Timur. Pendirian kami adalah kami
tawarkan teknologi, beri latihan kepada jurutera dan operator. Kami
tawarkan semua kemungkinan yang dapat diraih warga Malaysia dan
Singapura untuk menyenggara dan menguruskan sendiri stesen pengangkutan
berteknologi tinggi ini.


"Inilah cadangan kami tetapi pentadbiran dulu tidak menyukainya,
tetapi saya fikir Tun Dr Mahathir Mohamad memahaminya," kata Miyagawa
dalam acara makan malam anjuran Kelab Rotary di Kuala Lumpur malam ini.


Beliau berkata, Jepun kekal sedia untuk melatih dan menawarkan
peluang kepada golongan muda Malaysia untuk belajar di negara itu dan
pulang untuk menyumbang kepada pembangunan negara.


"Tahap maju Dasar Pandang ke Timur ini dipanggil Dasar Pandang ke
Timur 2.0, tetapi falsafah sebenarnya tidak begitu difahami pentadbiran
lalu," katanya lagi.


Dasar Pandang ke Timur dicetuskan Mahathir pada era 1980-an, ketika
mula menjadi perdana menteri. Ketika itu, beliau menggalakkan mencontohi
model pembangunan Jepun.


Projek HSR pula dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak namun nasibnya kini tidak menentu selepas Pakatan
Harapan (HARAPAN) mengambil alih kerajaan.


Selain Jepun, China juga bersungguh-sungguh untuk membida projek itu.


Kebersihan, ketepatan


Sementara itu, Miyagawa berkata warga Malaysia kini semakin berubah ke arah masyarakat berdasarkan komuniti.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pujian seorang hadirin
terhadap sikap warga Jepun ketika kejohanan Piala Dunia di Rusia bulan
lalu.


Ketika itu, peminat dari Jepun dirakam sedang mengutip sampah di stadium selepas tamat perlawanan.


Mengimbas kembali sebuah acara yang bermula pada pukul 11 pagi,
Miyagawa berkata beliau diminta untuk tiba pada pukul 10.45 pagi untuk
menyambut menteri yang juga akan hadir.


"Saya tiba pada pukul 10.44 pagi, tetapi menteri sudah pun ada di
sana. Banyak lagi ketika di mana mesyuarat kini bermula tepat pada
masanya," katanya sambil ketawa.


Beliau juga menceritakan satu insiden ketika sambutan perayaan jepun,
Festival Bon Odori di Malaysia baru-baru ini dengan barisan gerai
makanan.


"Menteri besar Selangor yang berada di sana dan beliau terkejut, saya
juga terkejut kerana begitu banyak gerai makanan yang cantik tetapi
tiada sampah di sekitar," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...