Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, July 29, 2018

KJ: Umno kena berdikari, bukan harap parti lain. Hati ahli UMNO masih terguris bisa dgn Amanat Hj Hadi

 Sebenarnya, hati rakyat (penyokong UMNO)
masih berbisa dgn Amanat Hj Hadi. Sembelihan tak halal, Yg dah
berkahwin smpi sanggup nak dinikahkan semula oleh Ulama PAS, sembahyang
dua imam (imam UMNO tak sah), suami isteri bercerai krn tk sokong PAS,
anak2 PAS, bila nampak org UMNO dikatakan kafir. Kenduri rumah org UMNO
tak boleh, takut subahah. Silaturahim sesama jiran terputus. Jika ada
kematian , kena tengok jika ahli UMNO yg mati; tak boleh dimandikan
hingga sanggup tak turut sembahyang jenazah. Jgn menafikan hal ni. Jadi
jika UMNO hendak bangkit, pemimpin UMNO kena rasa apa yg kami rasa
dahulu.




KJ: Umno kena berdikari, bukan harap parti lain: PRK SG KANDIS | Kerjasama dengan PAS cuma untuk PRK kali ini dan untuk jangka panjang ia mesti dikaji.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
PRK SG KANDIS |  Umno dilihat
perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan
sokongan parti lain - termasuk PAS - untuk terus diterima masyarakat,
kata bekas ketua pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan
PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat
jangka panjang.


“Untuk kali ini, tak mengapalah sebab PAS tidak bertanding, tapi
bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu,” katanya kepada
pemberita selepas membantu kempen calon BN Datuk Lokman Noor Adam di
Taman Setia, Johan Setia, di Kelang semalam.


Khairy berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman pada Selasa
lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera kedua-dua
parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa
terdekat.


Khairy yang juga anggota parlimen Rembau berkata , pengundi di
kawasan Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baru kerana jika
BN menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat dan dapat
memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti.


“Seperti kita lihat, (komposisi) Dewan Undangan Negeri Selangor
sangat berat sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada
keseluruhan 56 kerusi DUN).


"Dalam Malaysia Baru ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang," katanya.


​​​​​Pada pilihan raya umum Mei lepas, Pakatan Harapan menang besar
apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor dengan BN hanya
empat kerusi dan PAS satu.


Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis hasil
jelajahnya membantu kempen BN, Khairy mengakui wujudnya kematangan
politik di kawasan itu.


Katanya ia bertepatan dengan konsep Malaysia baru yang tidak mengamalkan serangan politik peribadi, ganas mahupun samseng.


PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama selepas PRU14 berikutan
kematian penyandangnya Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2
Julai lalu.


Pada PRK 4 Ogos ini, calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni akan ditentang oleh Lokman Noor dan calon bebas, K Murthy.


- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...