Peguam dakwa keyakinan perisik MEIO kini goyah: Ia berlaku selepas pertubuhan terbabit didedahkan kali pertama sejak ditubuhkan pada 1960-an.
MEIO kini goyah
Hasanah Abdul Hamid kini bimbang terhadap moral pegawai agensi terbabit,
kata peguamnya Shaharudin Ali.
Kata Shaharudin, kebimbangan itu berlaku ekoran kebocoran surat yang
ditulis Hasanah kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Gina Haspel
beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada
9 Mei lalu.
"Moral dan keyakinan pegawai MEIO di seluruh negara sekarang goyang.
"Mereka berada dalam keadaan ketakutan dan teragak-agak untuk
berkongsi maklumat risikan kerana bimbang (identiti) terdedah," katanya
pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini.
Shaharudin berkata ini kali pertama kewujudan MEIO didedahkan sejak ia ditubuhkan pada 1960-an.
Tambahnya apa yang berlaku kini juga menandakan kali pertama dokumen berkaitan agensi terbabit dibocorkan.
Menurut peguam itu MEIO mempunyai lebih 1,000 pegawai perisikan yang beroperasi di seluruh negara.
Bukan bentuk derhaka
Pada sidang media sama Shaharudin juga mendakwa seramai 10 pegawai
kanan MEIO menyaring surat ditulis Hasanah - bertarikh 4 Mei 2018 -
kepada Gina.
Katanya pertukaran maklumat risikan, latihan dan pertukaran pegawai
di antara CIA dan MEIO adalah perkara rutin bagi memastikan negara ini
mencapai tahap kemampuan operasi risikan yang canggih dan boleh
diharapkan.
"Justeru surat MEIO bertarikh 4 Mei 2018 itu bukanlah suatu perkara
yang aneh, dan jauh sekali sepucuk surat yang berbentuk derhaka,"
katanya.
Terdahulu Hasanah - yang menandatangani surat berkenaan - membuat laporan kepada polis berhubung kebocoran dokumen terbabit.
Ditemui media selepas itu Hasanah enggan memberi komen lanjut kecuali
menyatakan surat terbabit tidak ada kaitan dengan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Surat itu ditulis sebagai usaha badan terbabit mendapatkan sokongan AS jika BN memenangi PRU ke-14 dengan majoriti kecil.
[Baca berita penuh]
BURIT BERBAU BUSUK..WAK LONG MAN SUSKA HISAP MAIN BONTOT..LAGI BUSUK..BLOGGER BANGGANG
ReplyDelete