Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, July 31, 2018

'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Sanggup kerajaan UMNO/BN khianati negara. Sanggup mengharapkan AS sebagai pembela kpd DS Najib untuk terus berkuasa. Sanggup UMNO/BN memburukkan Tun M agar DS Najib terus berkuasa. Sanggup negara dijajah oleh AS yg amat pro kepada Yahudi Israel yg membunuh ribuan rakyat islam palestien. Kami amat tersinggung dan sedih atas apa yg didedahkan ini krn selama ini kami amat menyokong UMNO/BN selama ini hingga PRU13.



'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat': Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah Seksyen 124C atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan.



'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk
Hasanah Abdul Hamid boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan apabila
mengakui surat kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) adalah tulen,
kata seorang peguam.


Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah
Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu demokrasi
berparlimen atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melakukan
pengkhianatan.


Beliau berkata, Hasanah tidak sepatutnya menyatakan surat tersebut tiada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu masih disiasat.


"Malah, pihak polis yang sepatutnya membuat kenyataan itu selepas
siasatan, sama ada Najib terlibat atau tidak, kerana perkara itu
tertakluk kepada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kandungan
surat itu.


"Oleh sebab Hasanah mengakui kandungan surat itu, dia boleh disiasat
di bawah Seksyen 124C atau lebih teruk, melakukan pengkhianatan.


"Dia mesti ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat mengenai siapa
yang berada di belakang dalam memberi arahan untuk menulis kandungan
surat itu. Jika ada bukti yang cukup, dakwa dia atau orang-orang di
belakangnya yang menulis surat itu, "katanya.


Seksyen 124C Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman sehingga 15 tahun
penjara, manakala Seksyen 121 memperuntukkan hukuman penjara seumur
hidup atau hukuman gantung.


'Keselamatan negara, bukan keselamatan parti'


Memandangkan kerajaan kini menentang penggunaan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Haniff menegaskan polis
masih boleh memohon reman terhadap bekas ketua pengarah MEIO itu selama
14 hari untuk menjalankan siasatan.


Peguam itu menambah agensi perisikan berkenaan harus digunakan untuk
kepentingan keselamatan negara dan bukan bagi menyelamatkan parti
tertentu.


Katanya, itu sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan dakwaan
Hasanah bahawa kebocoran itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972
(OSA).


"Malah, orang yang membocorkan surat tersebut melakukan perkara yang
betul, kerana tindakan kerajaan terdahulu seperti mengundang campur
tangan asing.


"OSA boleh digunakan untuk mengekalkan keselamatan negara tetapi
bukan membantu mengekalkan kerajaan melalui cara yang tidak sah dengan
mendapat sokongan asing.


"Ini merupakan contoh penyalahgunaan undang-undang di mana penjawat
awam secara salah melindungi kerajaan BN sebagai sebahagian daripada
keselamatan negara," tegasnya.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...