TUMPAT:
Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba
dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat
Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan
pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat
Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas
iaitu Izat Bukhary Ismail. Setelah 12 hari berkempen, calon BN dilihat
berpotensi mengekalkan kemenangan yang diperolehi tiga penggal
berturut-turut sejak PRU ke-11.
Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan.
7.48pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG MAJORITI 2625.
7.40pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM SIMPANGAN BN 878 PAS 263 & BEBAS 6 – BN MENANG MAJORITI 615
7.39pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM
KEDAI GETING BN 531 PAS 679 & BEBAS 2 –
PAS MENANG MAJORITI 148
7.36PM -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG GETING BN 1023 PAS 1293 & BEBAS 3 – PAS MENANG MAJORITI 270
7.35pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG KETIL BN 1015 PAS 1012 & BEBAS 4 – BN MENANG MAJORITI 3
7.25pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI: BN MENDAHULUI PAS DENGAN MAJORITI 2652
7.22pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TEBING BN 502 PAS 609 & BEBAS 2 – PAS MENANG MAJORITI 107
7.20pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG BENDANG PAK YONG BN 1099 PAS 878 & BEBAS 5 – BN MENANG MAJORITI 221
7.17pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM BUNOHAN BN 783 PAS 315 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 468
7.15pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TELAGA BATA BN 722 PAS 607 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 115
7.10pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM JUBAKAR DARAT BN 754 PAS 77 & BEBAS 1 – BN MENANG MAJORITI 677
7.05pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TUJOH BN 1082 PAS 971 & BEBAS 6 – BN MENANG MAJORITI 111
7.00pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM PENGKALAN KUBOR BN 1033 PAS 476 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 557
6.30pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TELUK JERING BN 424 PAS 108 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 316
6.00pm – RASMI: Jumlah keluar mengundi ialah 23,929 @ 73%. Terus ikuti bersama kami untuk mengetahui keputusan terkini PRK N.01 Pengkalan Kubor.
5.10pm – SPR mengesahkan semua 45
saluran di 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor telah ditutup.
Sekarang ini proses pengiraan undi dijalankan di setiap saluran sebelum
dibawa ke SMK Dato’ Biji Wangsa untuk dijumlahkan. Menurut SPR
peratusan pengundi yang keluar mengundi pada PRK Pengkalan Kubor
melepasi sasaran apabila mencatat 72 peratus sehingga pukul 4 petang
ini.
4.35pm – TIDAK RASMI. Keseluruhan jumlah terkini keluar mengundi ialah 17,080 @ 72.0%. Peratusan keluar mengundi tertinggi ialah PDM Jubakar Darat iaitu 84.95% dan PDM yang terendah ialah Kedai Genting iaitu 53.08%.
4.30pm – TERKINI TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi sehingga jam 4.00 petang ialah seperti berikut:-
DM. Pengkalan Kubur = 1,564 (64.95%)
DM. Kampung Ketil = 2,240 (70.04%)
DM. Kampung Tebing = 1,166 (76.76%)
DM. Kampung Geting = 2,555 (76.15%)
DM. Simpangan = 1,200 (77.97%)
DM. Tujoh = 2,230 (78.60%)
DM. Telaga Bata = 1,018 (59.53%)
DM. Bunohan = 1,087 (75.91%)
DM. Jubakar Darat = 839 (84.95%)
DM. Kampung Bendang Pak Yong = 1,870(67.36%)
DM. Kampung Telok Jering = 502 (78.19%)
DM. Kedai Geting = 809 (53.08%)
3.50pm – Pemuda PAS mendakwa berjaya
menahan seorang pengundi hantu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor,
namun siasatan dijalankan oleh pihak Polis dapati dia bukan warganegara
Malaysia.
3:45 pm – Gelagat jentera dan pengundi PAS sempena PRK Pengkalan Kubor.
3.32pm – TIDAK RASMI. Keseluruhan jumlah terkini keluar mengundi ialah 16,306 @ 67.83%. Peratusan keluar mengundi tertinggi ialah PDM Jubakar Darat iaitu 81.01% dan PDM yang terendah ialah Kedai Genting iaitu 51.18%.
3.30pm – TERKINI TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi sehingga jam 3.00 petang ialah seperti berikut:-
DM. Pengkalan Kubur = 1,469 (62.13%)
DM. Kampung Ketil = 2,162 (67.60%)
DM. Kampung Tebing = 1,131 (74.46%)
DM. Kampung Geting = 2,432 (72.49%)
DM. Simpangan = 1,057 (68.68%)
DM. Tujoh = 2,116 (75.59%)
DM. Telaga Bata = 1,003 (58.65%)
DM. Bunohan =
1,016 (70.95%)
DM. Jubakar Darat = 802 (81.01%)
DM. Kampung Bendang Pak Yong = 1,822 (65.63%)
DM. Kampung Telok Jering = 489 (76.17%)
DM. Kedai Geting = 780 (51.18%)
3.00pm – Suasana di beberapa PDM masih
meriah dengan penyokong BN membawa plakad yang bertulis “Ambo sokong
calon BN”, dan “PAS guna agama untuk kuasa” termasuk di Sekolah
Kebangsaan Pengkalan kubor dan Sekolah Kebangsaan Bunohan. Manakala
penyokong PAS pula membawa sepanduk yang bertulis “We Love PAS”, “Jom
Pakoh Bule” dan “We love Tok Guru” bagi meraih undi khususnya di Sekolah
Kebangsaan Geting dan Sekolah Kebangsaan Simpangan.
2.55pm – TIDAK RASMI. Jumlah terkini keluar mengundi ialah 15,213 @ 63.28%. Peratusan keluar mengundi tertinggi ialah PDM Jubakar Darat iaitu 76.77% dan PDM yang terendah ialah Kedai Geting iaitu 47.64%.
2.25pm – TIDAK RASMI. Jumlah terkini keluar mengundi ialah 15,193 @ 63.20%.
2,15pm – TERKINI TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi ialah seperti berikut:-
DM. Pengkalan Kubur = 1,409 (58.51%)
DM. Kampung Ketil = 2,033 (63.57%)
DM. Kampung Tebing = 1,074 (70.70%)
DM. Kampung Geting = 2,236 (66.65%)
DM. Simpangan = 1,011 (65.69%)
DM. Tujoh = 1,948 (68.69%)
DM. Telaga Bata = 970 (58.73%)
DM. Bunohan = 1,074 (75%)
DM. Jubakar Darat = 760 (76.77%)
DM. Kampung Bendang Pak Yong = 1,674 (60.30%)
DM. Kampung Telok Jering = 473 (73.68%)
DM. Kedai Geting = 726 (47.64%)
2.10pm – Sehingga kini suasana pengundian terkawal, kecuali sedikit ketegangan akibat provokasi di MRSM (PDM Tujoh).
2.00pm -Suasana lenggang di pintu masuk
pusat menggundi PDM Kg Teluk Jering kerana kemungkinan besar pengundi
telah keluar menggundi di awal pagi. Hingga kini peratusan keluar
mengundi di PDM berkenaan ialah 63.24%.
1.55pm – TIDAK RASMI. Jumlah terkini keluar mengundi ialah 14,394 @ 59.88%. Keseluruhannya hingga kini, peratusan keluar mengundi masih rendah dan PDM yang tertinggi ialah PDM Kg. Telok Jering iaitu 66.36% dan PDM yang terendah ialah Kg. Bendang Pak Yong iaitu 31.05%.
1.50pm – TERKINI TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi ialah seperti berikut:-
DM. Pengkalan Kubur = 1,330 (55.23%)
DM. Kampung Ketil = 1,902 (59.47%)
DM. Kampung Tebing = 1,027 (67.61%)
DM. Kampung Geting = 2,126 (63.37%)
DM. Simpangan = 954 (61.99%)
DM. Tujoh = 1,834 (64.67%)
DM. Telaga Bata = 940 (54.97%)
DM. Bunohan = 997 (69.62%)
DM. Jubakar Darat = 727 (73.43%)
DM. Kampung Bendang Pak Yong = 1,449 (52.20%)
DM. Kampung Telok Jering = 406 (63.24%)
DM. Kedai Geting = 702 (46.06%)
1.30pm – YB Datuk Kamaruddin Jaafar, YB
Siti Zailah Yusof dan Tuan Ibrahim Tuan Man turut dikesan berkempen di
SMA Maheliah di PDM Tebing dan di MRSM (PDM Tujoh). Manakala Zahida
Zarikh Khan, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dikesan membantu jentera di
PDM Bunohan.
1.13pm – Seorang pengundi, Nawang Che
Wil 670109-71-5257 yg didakwa mempunyai dua kerakyatan ditahan JUHAM
(Jbtn Hak Asasi & Undang2 PAS). Ketika ditahan, beliau telah
mengemukakan Kad Pengenalan, Passport dan dokumen Cabutan Butir-butir
Daftar Kad Pengenalan dari JPN. Beliau kini berada dlm kawalan Polis
(PDM Kg Bendang Pak Yong).
1.00pm – TIDAK RASMI. Peratusan PDM tertinggi keluar mengundi ialah JUBAKAR DARAT iaitu 67.98%. Peratusan terendah ialah PDM Kedai Geting iaitu 41.21%.
12.45pm – TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi TERKINI ialah 12,606 @ 52.44%.
12.40pm – Pihak FRU PDRM terpaksa campur
tangan kerana provokasi melampau oleh peraih undi penyokong PAS.. maki
hamun dan kata-kata kesat jadi modal peraih undi PAS di PDM Pengkalan
Kubor.
12.10pm – TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi ialah 12,945 @ 54%.
12.00pm – TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi bagi setiap PDM
ialah Simpangan 793 @ 51.53%, Tujoh 1,623 @ 57.55%, Pengkalan Kubor 827
@ 34.34%, Kampung Ketil 1,148 @ 35.90%, Kampung Tebing 762 @ 50.16%,
Kampung Genting 1,569 @ 46.77%, Telaga Bata 789 @ 46.14%, Bunohan 585 @
40.85%, Jubakar Darat 550 @ 55.56%, Kampung Bendang Pak Yong 862 @
31.05%, Kampung Telok Jering 368 @ 57.32% dan Kedai Genting 518 @
33.99%.
11.40am -Dato Ahmad Maslan turut sama
menbantu meraih undi di Pusat Daerah Mengundi Bunohan dan Telok Jering.
Sementara itu, seorang Exco Kerajaan Kelantan cuba mencetuskan provokasi
menyatakan cara pemakaian Calon BN seolah orang yang pakai serban tapi
berseluar pendek.
10.50am – PDM Kampung Teluk Jering mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 68.22% dan PDM Kedai Geting mencatatkan peratusan terendah iaitu 23.29%.
10.35am - TIDAK RASMI. Keputusan keluar mengundi bagi setiap PDM ialah
Simpangan 616 @ 40.03%, Tujoh 1,026 @ 36.16%, Pengkalan Kubor 574 @
23.88%, Kampung Ketil 1,004 @ 31.39%, Kampung Tebing 605 @ 39.83%,
Kampung Genting 1,295 @38.60%, Telaga Bata 719 @ 42.05%, Bunohan 410
@28.63%, Jubakar Darat 458 @46.26%, Kampung Bendang Pak Yong 1,195 @
43.05%, Kampung Telok Jering 438 @68.22% dan Kedai Genting 355 @ 23.29%.
10.30am - TIDAK RASMI. Jumlah Keluar Mengundi ialah 8,572 @ 35.82%.
10.10am – Pengundi paling tua, Eh Puang
a/l Chau Chan, 105 antara yang menunaikan tanggungjawab mengundi di
Sekolah Kebangsaan Sri Neting.
9.45am -Perayu undi berkumpul
berhampiran Sekolah Menengah Geting dekat Pengkalan Kubor. Suasana
dilaporkan terkawal walaupun kedudukan antara dua penyokong parti
berdekatan.
9.32am – Kehadiran YB Datuk Seri
Mustapha Mohamad di PDM Bunohan untuk meninjau suasana hari pengundian.
Untuk rekod PDM ini merupakan PDM putih yang dimenangi BN pada PRU
ke-13.
9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah 4,433 atau 18.88%.
9.15am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok
Jering 159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar
Darat 283 @ 28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @
19.30%, PDM Simpangan 244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg
Tebing 370 @ 24.36%.
9.10am –
PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi
629 @
18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah
9.89%.
9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di
PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah
350 @
23.04%.
PDM Tujoh 448 @
17.79%.
PDM Ketil 505 @
17.79% dan
PDM Pengkalan Kubor 340 @
14.12%.
9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.
8.50am – Calon BN, Tn Haji Mat Razi Mat Ail diiringi penyokong Barisan Nasional mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan.
8.45am – Seorang pengundi OKU di Lokaliti Telaga Bata Barat, PDM
Telaga Bata selesai membuang undi. Suasana di PDM tersebut terkawal dan
kedua-dua penyokong parti giat merayu undi.
8.34am – Calon PAS Wan Rosdi melawat Pusat Pengundian Teluk Jering
dengan di sambut sorokan penyokong yang berkumpul sejak jam 7.30 pagi.
8.00am – Sebelas Pusat Mengundi telah di
buka dan cuaca dilaporkan cerah. Namun SPR menyeru para pengundi datang
awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.