KENYATAAN MEDIA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN
Dr Wan Azizah sokong Azmin sebagai MB Selangor
KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi
Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat
oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB
Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar
Selangor yang baru.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri
Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan
kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal
sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan
Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat
mengatasi kepentingan peribadi mereka.
Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri
dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan
kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli
Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri
Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari
ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.
Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran
bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa
KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja
berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak
menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya
tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.
Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti
mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.
Azmin akan membatalkan perjanjian air. Rakyat selangor akan tiada air utk basuh berak pun. Azmin akan merompak duit rakyat Selangor utk kegunaan KETUM.
ReplyDeleteHabislah Selangor!
Bagaimana pun kita mengucapkan tahniah le kpd rakyat Selangor yg telah memilih Pakatan Rakyat.
YG UNTUNG AZMIN. YG MERANA ANWAR. YG DIPANDANG SERONG PAS. YG PADAH NANTI RAKYAT SELANGOR
ReplyDelete