Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 22, 2014

Anwar Ibrahim dan isterinya gigit jari dan malu besar!




Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar Selangor yang ke-15, menurut sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani petang ini.

Surat pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang bertarikh hari ini.

Azmin, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi esok.

Menurut surat itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Surat daripada istana itu dihantar ke kediaman Azmin di Ampang hari ini dan jawatannya akan berkuatkuasa esok.

"Sehubungan itu, Tuan diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang," surat itu dipetik.

Pemimpin tertinggi PKR kini sedang bermesyuarat di Ibu Pejabat di Petaling Jaya, dipercayai sama ada mahu 'merestui' pelantikan Azmin sekali gus melupakan hasrat mahu menjadikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid - The Malaysian Insider


Tahniah kepada rakyat negeri Selangor kerana mendapat Menteri Besar yang baru.




Apa tindakan PKR selepas ini?

Adakah apa yang terkandung dalam satira ini akan jadi nyata?

SINIS-TS Khalid tamat tugas MB tadi di lobi SUK berucap minta penjawat awam terus kerja.Biar ahli politik berlakon + berdrama lama2 jadi lawak-Agendanews

SUMBER.....
AKHIRNYA Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Segala teka-teki selama ini siapa MB Selangor yang baharu telah terjawab. Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 (Selasa) itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin. Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa). Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, menurut surat itu.

Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini. Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa. Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih, katanya. Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu. Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. 

Adakah Anwar bergembira mendapat berita yang gempar ini, dan adakah Wan Azizah@Nenek Kipas akan mengalirkan air mata kerana tidak terpilih kerana mengikut firasatnya, beliaulah calon yang paling layak mengantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, tapi, sayang seribu kali sayang, cita-cita Nenek Kipas tidak kesampaian dan Anwar sudah tentu orang yang paling kecewa. Apapun, tahniah Azmin. Jalankan tugas mu dengan penuh adil dan saksama, jika tak gagal, silakan letak jawatan. Huhuhuhu....Wasallam

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...