Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 24, 2014

PAS Tetap Dipersalahkan Oleh DAP dan PKR ! Tidak kira sape MB Selangor. Ini jenis parti Tak Kenang Budi

PAS AKAN KELUAR PAKATAN RAKYAT- Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin 

24 SEPT, SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

“Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan ‘kedegilan’ rakan-rakan sekutunya dalam PR.

“Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya.

 

PKR vs PAS

Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.

Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.

MAK LAMPIR (KETUA WANITA PKR) vs PAS
PAS TAK LAYAK DAPAT KERUSI EXCO SELANGOR kata Mak Lampur

ZURAIDA Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR membuat kenyataan panas hari ini apabila mendesak Menteri Besar yang baru, Azmin Ali supaya tidak memberi sebarang jawatan exco kepada Adun Pas Selangor kerana tidak pernah menyokong cadangan PKR dalam perlantikan Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya ketika ditemui oleh wartawan, Zuraida berkata Pas belot dan khianat terhadap PKR dan sudah semestinya tidak layak langsung berada dalam barisan kepimpinan MB yang baru yang juga dari PKR.

Walaupun Pas mempunyai 15 kerusi Dun lebih banyak daripada PKR, ini tidak menjanjikan jawatan exco kepada mana-mana Adun mereka kerana sikap tikam belakang terhadap kepimpinan PKR di Selangor yang sedia maklum PKR adalah parti yang memerintah negeri Selangor.

"PKR melalui MB baru Azmin Ali hanya akan mempertimbangkan exco saguhati sama ada satu atau dua sahaja exco daripada Pas," katanya.

"PKR juga mungkin akan melantik Adun Pas yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai exco bagi menggantikan 4 exco Pas sebelum ini yang menyokong Khalid supaya kekal MB."

   

DAP vs PAS

Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.

Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.

LIM GUAN ENG KATA 4 ADUN PAS PENGKHIANAT


DAP menyifatkan empat Ahli Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PAS di Selangor sebagai pengkhianat dalam Pakatan Rakyat kerana menyebabkan enam orang EXCO dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipecat serta merta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan empat EXCO PAS yang berpaling tadah menyokong kepimpinan Abdul Khalid sebelum ini telah mendatang kesan buruk kepada enam orang pemimpin DAP dan PKR yang dilucutkan jawatan mereka kerana menentang pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor itu.

"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Guan Eng dipetik Malaysia Insider.


"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Guan Eng dipetik Malaysia Insider.



MAHFUZ vs DAP


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyerang empat exco Selangor yang tidak meletakkan jawatan semasa pentadbiran Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak wajar. 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sikap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang masih menyerang PAS dan menuduh empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka sebagai pengkhianat kerana kekal mentadbir Selangor bersama bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mahfuz berkata, Lim perlu faham tindakan PAS Pusat mengarahkan exconya tidak meletakkan jawatan kerana mahu menyelamatkan Selangor daripada risiko pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akibat ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menjalankan fungsi eksekutif negeri.
“Menuduh exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...