Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, September 28, 2014

Kerajaan Negeri P.Pinang (DAP) Sangat Zalim . Tidak demokratik, & Sombong Serta Bongkak

Kerajaan Negeri P.Pinang tidak demokratik, sombong – Iszuree

iszruee_mpp
GEORGE TOWN, 27 Sept – Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya.

Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu.

http://4.bp.blogspot.com/-b5RU6YyupcU/VCWauCnCKGI/AAAAAAAA68g/3dUQjhf8xtA/s400/surat%2Bdap%2Bpp%2Bbeku.jpeg
Iszuree ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti.

“Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu,” katanya.

Iszuree menyifatkan tindakan kerajan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.
“Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi Malaysia Kini telah ‘misquoted’ kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri.

Hasil daripada laporan Malaysia Kini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.

“Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan Malaysia Kini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan.

“Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja,” katanya.

Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau.

Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu.
Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. – BERNAMA


                                                     


Komen terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggugurkan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang dari semua Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

1. Tindakan drastik Kerajaan DAP Pulau Pinang menggugurkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan.

2. DAP dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik mereka sendiri. DAP mengambil pendekatan 'silence your critics' sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka.

3. Iszuree Ibrahim dalam ucapan beliau di Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk- penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008, dua isu yang sering kali dibangkitkan oleh UMNO Pulau Pinang sendiri.

4. Ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu ini benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menangani isu-isu ini.

5. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS digugurkan kerana mengkritik kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat tidak diraikan dalam Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP walaupun DAP melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara. Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

6.  Dalam dua Pilihanraya Umum yang lalu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR. Namun begitu, ADUN tunggal PAS tidak juga dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang.

7. Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan oleh Lim Guan Eng telah menggelarkan 4 orang Adun PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor sebagai ' pengkhianat '. UMNO Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, samada di Pulau Pinang ataupun di peringkat nasional. UMNO Pulau Pinang berpandangan PAS perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
28 September 2014

2 comments:

  1. BUAT FREE MANEY KAT SINI
    http://peruserpaid.com/?ref=87658

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...