Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, June 4, 2013

PRU 13 Kita Telus, Mereka Yang Tak Puas Hati Itu Gagal Mencapai Agenda Politik Peribadi...

Datuk Wan Ahmad "Jika Australia Iktiraf PRU 13 Kita Telus, Mereka Yang Tak Puas Hati Itu Gagal Mencapai Agenda Politik Peribadi..."

Pengiktirafan Australia terhadap Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan tamparan hebat kepada pihak yang tidak menerima keputusan pilihan raya tersebut.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengiktirafan tersebut juga secara tidak langsung membuktikan SPR telah berjaya melaksanakan proses demokrasi itu dengan telus dan adil.

Tegas beliau, sebagai sebuah negara Komanwel yang disegani, sudah pasti kenyataan itu dibuat berdasarkan laporan kakitangan mereka di negara ini.

"Sepatutnya, rakyat juga perlu membuka mata mereka tentang pelbagai dakwaan jahat yang dilemparkan kepada SPR selama ini adalah tidak benar.

"Saya berharap semua pihak dapat menerima keputusan pilihan raya lalu dan seterusnya berhenti daripada membuat tuduhan jahat kepada SPR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang menyifatkan PRU-13 pada 5 Mei lalu mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berpendapat bahawa tindakan pembangkang yang terus menyerang kredibiliti SPR dilihat sebagai perbuatan terdesak.

"Jika negara asing boleh melihat betapa proses pilihan raya di negara ini telus dan adil, saya yakin pihak yang tidak berpuas hati adalah kerana gagal mencapai agenda politik peribadi masing-masing," ujarnya.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...