Tiada Bantuan Dikawasan BN Kalah Di Kelantan, Jawatan Penyelaras DUN Turut Dimansuhkan
Bilamana Barisan Nasional gagal menawan Kelantan pada PRU13 yang lalu,
sebahagian pemimpin-pemimpin Umno Kelantan seperti biasa mula
menyalahkan rakyat, kononnya pengundi luarlah yang telah memusnahkan
harapan rakyat yang tinggal dinegeri itu, pengundi luar dituduh sebagai
pembunuh, pemusnah dsbnya. Pemimpin berfikiran seperti inikah yang nak
memenangi hati rakyat ? Fikiran seperti itu jauh sama sekali tidak layak
untuk jadi pemimpin.
Ada juga sebahagian pemimpin mencadangkan supaya rakyat yang memerlukan
bantuan memintanya dengan wakil rakyat yang mereka pilih, kononnya
sebahagian pemimpin Umno sebelum ni pemurah sangat menghulurkan bantuan,
seolah-olah bantuan yang diberi sedikit sebanyak itu datangnya dari
kocek peribadi pemimpin. Ini betul-betul pemimpin minda longkang yang
tak sedar diri.
Sepatutnya kalau pemimpin yang reti bahasa, bila sudah kalah dan gagal
memikat hati rakyat, jangan banyak cakap dan nak salahkan rakyat,
muhasabah diri, letak jawatan, jangan duk menyemak nak mengtekedarah
duit dan projek, dia ingat kita rakyat ni bodoh dan buta,
pemimpin-pemimpin projek longkang, sign-board dan turap jalan inilah
sebenarnya menjadi liabiliti kepada Ketua-ketua Bahagian untuk menang di
kerusi-kerusi parlimen.
Kerana bencikan sekerat dua pemimpin ini, rakyat Kelantan menolak secara
total calon BN, kita cukup-cukup kesian melihat sesetengah pemimpin
yang tewas bertanding di parlimen, sedangkan mereka terlalu layak dan
jauh lebih layak daripada calon Pas yang menang itu, bertahun-tahun dia
ikhlas kerja untuk rakyat, pemimpin bersih yang langsung tidak terpalit
dengan apa-apa skandal, tapi apakan daya, mungkin beliau perlu sedikit
bermuhasabah dan elak dari terpengaruh dengan dilihat meng-eksklusifkan
diri bila berdepan dengan rakyat membuatkan rakyat merasa sedikit kekok,
sedangkan beliau bukanlah orang sebegitu, sesiapa saja akan merasa
bersalah jika gagal membantu untuk memenangkan beliau.
Namun tidak ada manfaatnya untuk kita merintih, berbalik kepada pemimpin
minda longkang tadi, mungkin pengundi merasa meluat sebagaimana yang
saya rasa sebelum PRU13 dan sehingga sekarang ini, memang patutlah
pun....Kita sangat bersetuju dengan cadangan pemimpin supaya mana-mana
rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah memohon dengan wakil rakyat
yang menang yaitu wakil rakyat dari Pas.
Bagaimanapun kita juga sangat-sangat tidak bersetuju jika kenyataan itu
dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri selain
menyalahkan rakyat, dan rata-rata rakyat itu pula adalah Melayu, tapi
sebelum tu tanyalah diri kebaikkan apa yang telah dibuat kepada rakyat,
sebesar mana kebaikkan tu ? Apakah kebaikkan yang dibuat itu sudah
terlalu layak untuk berkata demikian. kalau ada Penyelaras DUN yang
cakap seperti ini, dia kena cermin diri
dulu, gaji dia tu siapa yang bayar, darimana datangnya duit gaji yang
dibayar kepada mereka ini ? Berkhidmat diatas platform rakyat nak
berlagak dengan rakyat.
Melainkan kita sangat-sangat untuk bersetuju sekiranya tiada bantuan
kepada rakyat serta tidak ada juga jawatan sebagai Penyelaras DUN, namun
tiada pula saranan seperti itu dari pemimpin-pemimpin ini, jika rakyat
hanya perlu memohon bantuan daripada wakil rakyat Pas, apa gunanya ada
Penyelaras DUN?, lebih baik duit rakyat dan projek diatas kapasiti
Penyelaras DUN itu diberikan kepada rakyat dan pemimpin BN dikawasan
yang BN menang. Itu baru adil, jangan nampak hanya tahu nak hukum rakyat
jer, sebaliknya diri sendiri selalu jer nak untung.
Sudah sampai masanya kerajaan Pusat mengkaji serta memansuhkan Jabatan
Pembangunan Persekutuan (JPP), tidak perlu ada Penyelaras DUN, rasanya
rakyat Kelantan tak sampai kebulur walaupun tidak ada JPP dan Penyelaras
DUN ini, cuma nanti kita tengoklah siapa yang akan kebulur, kalu jjijok
angin molep, rasanyo ore Kelate ni tak dok gapo, lawe sokmo bakalih.
Kita tidak bermusuh dengan mana-mana Penyelaras DUN, tapi sikap angkuh
bodoh sombong segelintir Penyelaras DUN ini buatkan kita benar-benar
merasa mual, kita tahu bukanlah semua Penyelaras DUN ni sebagaimana
dakwaan diatas, tapi biarpun begitu, kita sebagai rakyat perlu meluahkan
isi hati kita supaya hal ini tidak terus berlaku didalam parti yang
memperjuangkan nasib kita orang Melayu.
Seterusnya pihak yang berkaitan perlu menyiasat hal tersebut bagi
mengelakkan akan lebih banyak berlakunya penentangan diatas sikap
segelintir pemimpin berminda longkang ini, dalam pada kita dilanda
Tsunami cina dan sedang duk fikir akan penyatuan orang Melayu, kita rasa
terkilan jika masih terdapat pemimpin angkuh yang lebih mengutamakan
kepentingan peribadi daripada parti. Atas sebab itu juga pemimpin
didalam Umno seperti ini perlu berubah dan diubah, tidak perlulah
sehingga untuk diberitahu kepada seluruh dunia akan identitinya.
Cukup sekadar dengan berubah dan utamakan perjuangan bangsa bukannya
kepentingan peribadi, tidak salah pemimpin berprojek, namun yang menjadi
salahnya apabila projek diutamakan rakyat langsung tidak dipedulikan.
Mana mungkin seorang kaki projek tegar untuk menjadi seorang pejuang
bangsa, agama dan negara. Anda Mampu Mengubahnya.
buat ape nok tolong org yg bencikan kiter...baik kite tolong org yg sayang kat kite
ReplyDelete