TAK DAPAT JADI PM, BARAT TAK PEDULIKAN ANWAR IBRAHIM.
Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal
menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin
dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.
Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas
keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada
peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.
Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri
tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap
berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.
Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh
beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya
untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas
kegagalannya.
Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada
mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas
daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu
pengkhianatan paling besar.
Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda
Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar
telah ditipu.
Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.
Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.
Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi
yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri
secara perlahan.
Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai
sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada
pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh
dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.
Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan
lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan
material untuk terus berbuat demikian.
Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar
terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal
sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.
Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara
Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka
meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin
Malaysia.
Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh
dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke
penghujung jalan.
Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.
Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka
lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap
jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa
tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak
Barat.
Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila
beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.
Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa
harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak
membuahkan hasil yang diharapkan.
Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat
menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu
menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend'
atau kawan paling akrab Barat.
Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah
mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin
Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.
Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban
ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak
emas mereka itu.
Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus
menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana
Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.
Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.
Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik
di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di
rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.
No comments:
Post a Comment