Selepas 'Saiyyidatina Khadijah', Anugerah 'Nabi Muhammad' Pula Untuk Anwar...
Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW
dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan
penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah
Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan
menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan
‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan
(HKK) 2013, 2 Februari lalu.
Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli
Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan
sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran
dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.
Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia,
tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan
Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.
Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama.
Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya
pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami
atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri.
Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana
kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan
keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah
begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.
Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi
gelaran ath-Thahirah (wanita suci). Pendek kata, beliau memiliki pakej
lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai
yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda.
Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu
bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja
yang memerintah negara.
Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada
Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil
langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk
menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW.
Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga
membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar
peminangan.
Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati....
Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu
juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat,
penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW.
Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan
sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi
juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa
bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah
diperguna atau didera oleh musuh Islam.
Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan
pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu
bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri.
Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri
mengiktirafnya dengan sabda
“Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”
“Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”
Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima
anugerah sempena wanita paling mulia ini?
Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.
Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.
Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin
lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui
bapa Azizah.
Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang
meriah dan tanpa gambar perkahwinan. Sebelum itu, mereka telah bercinta
sakan ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar
untuk bersiar-siar.
Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja......
Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu
melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan
dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.
Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau
disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang.
Kita juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi
mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan
memperjuangkan Islam ke arah perubahan’ amatlah melucukan kerana
kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena
dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. Malah, ia adalah
seratus-peratus bertentangan.
Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani
bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti
dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh
pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani
bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa
perubahan ke arah liberalisasi.
Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf
pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan
Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa
dan dalam apa jua keadaan.
Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia
membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat
bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh
Saiyidatina Khadijah.
Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya.....
Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana
Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang
penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia
tersebut.
Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah
kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat
kepada dari ajaran Islam.
Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan
jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu
anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut
pengkhianat agama, bangsa dan negara.....!
sumber
No comments:
Post a Comment