Nik Aziz akur walaupun DAP cabar dasar PAS
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain
yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai
matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati
semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka
tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.
"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya
pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti
masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH
Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.
"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah
tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa
asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.
Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari
landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku
kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas
meraikan tuntutan berkenaan.
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah
mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas
lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima
rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat
perubatan swasta, di sini.
Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas
apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak
kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.
"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih
bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah
ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika
bersendirian.
Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah
marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya
pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.
"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu,
sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih
menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil
memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih
mengenai pemecatan beliau.
Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan
dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak
sepatutnya berlaku.
Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa
olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang
menimbulkan keraguan.
"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.
Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak
rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara
kebetulan bersama perdana menteri.
Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli
Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.
"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen
dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan
perdana menteri," katanya.
Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan
beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas
berhubung pendirian beliau.
Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada
pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin
berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan
daripada Umno untuk menjadi calon PRU13.
Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan
oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang
beragama Kristian.
"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada
rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara
pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal
Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan
Kristian," katanya.
Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan
oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada
masyarakat Islam.
"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua,"
katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan
sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas. - Bernama
No comments:
Post a Comment